Ayam Kicap Meletup KFC kembali

Ayam Kicap Meletup KFC kembali

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Jan – Bagi menceriakan lagi tahun baru serta musim perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang, KFC Brunei telah memperkenalkan semula menu cita rasa sensasi Ayam Kicap Meletup khas untuk para pelanggan setia.

KFC Ayam Kicap Meletup menampilkan ayam KFC kegemaran ramai yang digoreng rangup, digabung bersama kicap Shoyu unik yang diimport khas, rumpai laut, emping cili, bijan dan rempah-ratus istimewa. Gabungan ini menghasilkan kelazatan berasaskan rasa manis, pedas dan berempah dalam setiap gigitan.

Naib Presiden KFC Brunei, Del Goh berkata, “Ayam Kicap Meletup pernah dilancarkan pada Jun tahun lalu dan berikutan sambutan yang amat memberangsangkan, kami menawarkan produk ini kembali atas permintaan ramai. Gabungan ideal ayam goreng KFC dengan sentuhan kegemaran tempatan, kicap dan cili, menjadikan produk ini disukai ramai.

“Kami yakin pelanggan-pelanggan akan berasa gembira kerana sekali lagi berpeluang untuk menikmati Ayam Kicap Meletup serta berkongsi keenakannya yang luar biasa bersama keluarga dan rakan-rakan pada musim perayaan ini,” tambah beliau.

KFC Ayam Kicap Meletup kembali lagi kini dalam bentuk hidangan kombo dan Value Bucket untuk hidangan yang lebih besar pada harga yang berpatutan.
KFC Ayam Kicap Meletup kembali lagi kini dalam bentuk hidangan kombo dan Value Bucket untuk hidangan yang lebih besar pada harga yang berpatutan.

Dengan slogan ‘Tahun Baru Cina Pasti Lebih Meletup, Bila Diraikan Bersama,’ kemunculan semula produk lazat ini melambangkan kebersamaan semua yang akan turut berkongsi perayaan di samping menikmati kelazatan Ayam Kicap Meletup.

Bersempena perayaan Tahun Baru Cina ini, KFC turut menampilkan hidangan sampingan enak istimewa iaitu nasi rumpai laut bagi menyerlahkan lagi hidangan Ayam Kicap Meletup.

Ayam goreng istimewa ini boleh didapati secara kombo yang terdiri daripada dua ketul Ayam Kicap Meletup, nasi rumpai laut atau kentang goreng crispier fries, coleslaw, serta minuman Pepsi.

KFC juga menawarkan Ayam Kicap Meletup dalam bentuk Value Bucket untuk hidangan yang lebih besar pada harga yang berpatutan.

Sesuai untuk dikongsi bersama semasa perayaan, KFC Ayam Kicap Meletup boleh didapati dalam Bucket 9-ketul yang turut didatangkan bersama kentang putar bersaiz besar, satu kentang goreng crispier fries bersaiz besar bersama-sama dengan sebotol Pepsi 1.5 liter. Selain itu, terdapat juga pilihan Bucket 5-Ketul.