Azarenka cedera lagi

Azarenka cedera lagi

BIRMINGHAM, United Kingdom, 18 Jun (AFP) – Victoria Azarenka, pemenang Grand Slam dua kali yang pernah dilihat menjadi pengganti Serena Williams, mengalami satu lagi kecederaan yang belum berakhir apabila terpaksa menarik diri daripada pertandingan Terbuka Birmingham di gelanggang rumput.

Malang ini sudah menyumbang kepadanya dua tahun kemarau gelaran, kehilangan ranking nombor satu pada 2013 dan kejatuhan dari 10 tangga terbaik tahun lepas. Ini adalah kekecewaan terbaru yang pasti mengancam kerjayanya.

Pemergian Azarenka selepas hanya satu pertandingan pemanasan badan melemahkan peluangnya di Wimbledon yang juga Grand Slam gelanggang rumput, yang bermula seminggu selepas itu.

Sekali lagi masalahnya adalah kecederaan kaki kiri, salah satu kesukaran yang menjejaskan rankingnya pada 2014 dan sukar untuk ditangani.

“Ia mengecewakan saya untuk membuat keputusan ini tetapi saya cuba untuk berlatih dan saya tidak merasakan 100 peratus cergas,” kata Azarenka menerusi kenyataan yang disediakan.

Azarenka tiba di gelanggang untuk menentang Varvara Lepchenko di Aegon Classic, Edgbaston Priory Club di Birmingham, kelmarin. – AFP
Azarenka tiba di gelanggang untuk menentang Varvara Lepchenko di Aegon Classic, Edgbaston Priory Club di Birmingham, kelmarin. – AFP

“Saya fikir bukan masanya bagi saya untuk mendapatkan risiko sekarang, terutamanya sebelum Wimbledon dan saya perlu memastikan saya mempunyai persediaan sebaik mungkin.”

Azarenka menambah dia berharap untuk kembali dengan kecergasan penuh. Bagaimanapun, buktinya jelas Selasa lalu selepas kemenangan tidak meyakinkan ke atas Varvara Lepchenko – pemain keenam terbaik dari AS – dia begitu sukar menjawab persoalan mengenai masa depannya dan mungkin berbaloi apabila enggan bercakap mengenai kecergasannya semalam.

Walaupun tinggal 11 hari untuk pulih dan bersedia, sekarang sukar untuk melihatnya melakukan yang terbaik di Wimbledon. Pada usia hanya 25 tahun, masih ada masa untuk mencari penyelesaian terhadap kesukaran itu.