Azarenka, Kvitova terus mara di Terbuka Madrid

Azarenka, Kvitova terus mara di Terbuka Madrid

MADRID, 3 Mei (AFP) – Penarikan Roger Federer dari menyertai perlawanan tenis di Madrid, semalam adalah disebabkan oleh kecederaan yang dialaminya dan kini beliau dibayangi oleh kejayaan akan terus berpihak kepada wanita.

Federer berkata dia mengalami kecederaan tersebut ketika mengadakan sesi latihan Sabtu lalu, tetapi berharap dapat pulih untuk membolehkannya menyertai Rome Masters minggu depan sebagai persiapan menghadapi Perlawanan Terbuka Perancis akhir bulan ini.

“Tidak ada perasaan yang saya boleh berlatih. Jadi buat masa ini saya tidak mahu mengambil lebih banyak peluang, kerana saya tahu saya tidak akan bersedia sepenuhnya untuk perlawanan esok,” kata juara Grand Slam 17 kali itu.

“Saya mahu bermain selamat, rehat dan bersedia untuk Rome, itu jadual saya sekarang.”

Sementara itu, Victoria Azarenka melebarkan rekod kemenangan beliau kepada 16 perlawanan dengan kemenangan selesa 6-3, 6-2 ke atas pemain Perancis, Alize Cornet. Pemain nombor lima dunia menambah rekod kemenangannya kepada 16 perlawanan apabila menang dengan selesa 6-3, 6-2 kepada pemain Perancis, Alize Cornet untuk melangkah ke pusingan ketiga Terbuka Madrid, semalam.

Pemain Belarus itu memenangi dua kejohanan terakhirnya di Indian Wells dan Miami dan dikatakan sebagai pemain pilihan untuk memenangi gelaran pertama di Madrid selepas ketiadaan pemain nombor satu dunia, Serena Williams yang tidak sihat akibat selsema.

Azarenka mendahului 4-1 pada set pertama menentang pemain nombor 48 dunia itu dan meski kehilangan beberapa servis, dia bagaimanapun berjaya memenangi set itu 6-3.

Set kedua lebih mudah bagi juara Grand Slam dua kali itu apabila dia memastikan kemenangan dalam masa 90 minit. Azarenka akan berdepan pemain nombor 14 dunia, Ana Ivanovic atau pemain kelayakan dari Amerika Syarikat, Louisa Chirico dalam pusingan ketiga.

Juara bertahan, Petra Kvitova kekal di landasan untuk pertemuan suku akhir dengan Azarenka apabila menang 6-3, 6-3 kepada pemain Russia, Elena Vesnina. “Saya mempunyai jurulatih yang baru.

Ia selalu rasa hebat apabila memperoleh seseorang untuk membantu anda dan mencari jalan untuk perancangan permainan anda,” kata Kvitova.

ARTIKEL YANG SAMA