Azarenka mara ke separuh akhir

Azarenka mara ke separuh akhir

MIAMI, 1 April (Reuters) – Victoria Azarenka menumpaskan pemain pilihan kedua yang tidak sihat tetapi penuh azam, Angelique Kerber, dengan kemenangan 6-2 7-5 semalam untuk bertemu di perlawanan akhir Terbuka Miami dengan Svetlana Kuznetsova.

Dengan kemenangan itu pemain Belarus pilihan ke-13 membalas dendam atas kekalahan pada suku akhir kepada pemain pilihan kedua dari Jerman pada Terbuka Australia, satu-satunya kekalahannya di musim ini, tetapi terpaksa bermati-matian untuk meraihnya dalam pertarungan 94 minit.

Kerber, yang bahagian atas kaki kirinya berbalut, nampak tidak bermaya dalam beberapa masa dalam set kedua tetapi mampu bertahan dengan menang permainan apabila Azarenka memegang servis bagi perlawanan pada 5-4. Bagaimanapun kesamaan tidak lama, apabila Kerber menyerahkan servis dalam perlawanan seterusnya dan Azarenka tidak membazirkan satu lagi peluang untuk mencipta kemenangan untuk hampir memenangi gelaran ketiga Miami dan kejayaan perlawanan ini dua kali berturut-turut.

“Saya sangat gembira saya benar-benar mantap akhirnya dan sebenarnya bermula baik,” Azarenka, yang telah menumpaskan Serena Williams untuk merebut gelaran Indian Wells pada 20 Mac lalu, berkata pada temu bual tepi gelanggang.

Victoria Azarenka akan bertemu Svetlana Kuznetsova pada perlawanan separuh akhir Terbuka Miami. – Reuters
Victoria Azarenka akan bertemu Svetlana Kuznetsova pada perlawanan separuh akhir Terbuka Miami. – Reuters

“Saya mula merencana awal dan saya berpendapat permulaan adalah sangat penting,” tambahnya tentang kemenangan ke atas jaguh Terbuka Australia.

“Dia adalah pejuang dan pemain hebat. Saya gembira saya terus mendesak dan terus cuba menghentikan rentaknya. Gembira saya terus benar-benar kuat.

“Bagi saya benar menyedihkan menyaksikan permainan saya dari Terbuka Australia dan saya benar-benar gembira saya telah membetulkan kesilapan saya di sana dan memperbaiki servis saya.”

Dan juga menuntut bela atas kekalahan di Melbourne, Azarenka semakin baik kepada 7-1, dalam perlawanan menentang pemain Jerman dan mencatatkan rekod terbaik 2016 bagi dirinya dengan 21-1.