Azarenka tarik diri sertai Wimbledon

Azarenka tarik diri sertai Wimbledon

LONDON, 24 Jun (AFP) – Juara dua kali Terbuka Australia, Victoria Azarenka membuat keputusan untuk menarik diri daripada kejohanan Grand Slam Wimbledon disebabkan kecederaan lutut kanan, kecederaan sama yang dihadapinya ketika di Terbuka Perancis yang memaksanya menarik diri ketika beraksi pada perlawanan pusingan pertama.

Pemain yang menghuni di ranking enam dunia itu tidak beraksi dalam sebarang kejohanan selepas itu.

Bagi Wimbledon yang dijadualkan bermula Isnin ini, bintang tenis kelahiran Belarus itu diletakkan sebagai pilihan keenam.

Gambar fail – Victoria Azarenka ketika menarik diri daripada kejohanan Terbuka Perancis bulan lepas. – AFP
Gambar fail – Victoria Azarenka ketika menarik diri daripada kejohanan Terbuka Perancis bulan lepas. – AFP

Tahun ini, Azarenka berjaya memenangi tiga gelaran termasuk dua di kejohanan besar Masters di Indian Wells dan Miami pada Mac lalu. Dia menewaskan jaguh Amerika Syarikat, Serena Williams pada aksi final di Indian Wells.

Sepanjang kejohanan gelanggang rumput di Wimbledon, dia berjaya mara ke peringkat separuh akhir dan suku akhir sebanyak dua kali dengan Williams menjadi penghalangnya dalam tiga edisi.

ARTIKEL YANG SAMA