Azizulhasni sumbang gangsa buat M’sia

Azizulhasni sumbang gangsa buat M’sia

RIO DE JANEIRO, 17 Ogos – Pelumba basikal elit Malaysia, Azizulhasni Awang akhirnya menyumbang pingat gangsa kepada Malaysia menerusi acara keirin pada Sukan Olimpik Rio di sini pada Selasa.

Dalam pusingan akhir penuh dramatik, perlumbaan lapan pusingan itu terpaksa dimulakan semula dua kali selepas pelanggaran teknikal oleh penunggang dan pada permulaan ketiga, Azizulhasni mengetepikan juara dunia dari Jerman, Joachim Eilers, untuk menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Penunggang berusia 28 tahun yang berpusat di Melbourne itu melintasi garisan penamat untuk meraih gangsa di belakang juara bertahan Jason Kenny dari Britain dan Matthijs Buchli dari Belanda.

Azizulhasni, yang sebut-sebut sebagai bakal menyumbang pingat emas kepada Malaysia, memenangi pingat dalam temasya Olimpik dalam percubaan ketiganya selepas gagal melayakkan diri ke peringkat akhir dalam Olimpik Beijing 2008 dan tempat keenam dalam Olimpik London 2012. – Bernama

pg24_160818_olympic logo

Mohd Azizulhasni Awang meraikan kejayaannya meraih pingat gangsa dalam acara keirin lelaki sempena Sukan Olimpik Rio 2016 di Velodrom Olimpik Rio. – Bernama
Mohd Azizulhasni Awang meraikan kejayaannya meraih pingat gangsa dalam acara keirin lelaki sempena Sukan Olimpik Rio 2016 di Velodrom Olimpik Rio. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA