Azutech rai ulang tahun ke-4

Azutech rai ulang tahun ke-4

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Sept – Syarikat Azutech Sdn Bhd yang merupakan pembekal dan pengedar produk IT berkualiti jenama OKI dan Dell di Brunei, hari ini meraikan ulang tahunnya yang ke-4 dalam majlis yang berlangsung di Bilik Pameran Syarikat Azutech, Kampung Mata-Mata.

Hadir pada majlis itu ialah Pengarah Syarikat Azutech Sdn Bhd, Awang Matussin bin Haji Ahmad, Pengurus Perniagaan Syarikat Azutech Sdn Bhd, Tomas Medina dan Pengurus Akaun Perniagaan dari OKI Malaysia, Raymond Hoh.

Majlis pagi tadi itu turut menyaksikan para jemputan yang terdiri daripada pelanggan dan klien syarikat berkenaan mendengarkan taklimat yang telah disampaikan oleh Tomas Medina mengenai pencetak warna neon, produk pencetakan jenama OKI, pencetak Dell dan juga projektornya.

Pengurus Perniagaan Syarikat Azutech Sdn Bhd semasa menyampaikan taklimat mengenai dengan produk jualan Azutech.
Pengurus Perniagaan Syarikat Azutech Sdn Bhd semasa menyampaikan taklimat mengenai dengan produk jualan Azutech.

Sempena dengan ulang tahunnya ini, Syarikat Azutech Sdn Bhd juga mengadakan cabutan bertuah bermula hari ini sehingga 28 September.

Pelanggan-pelanggan yang berbelanja di Azutech sepanjang tempoh tersebut akan berpeluang untuk memenangi pakej percutian empat hari tiga malam untuk dua orang ke Shanghai sebagai hadiah utama, mesin kopi CBTL atau makan malam bagi dua orang di Restoran Senja.

Selain itu, Syarikat Azutech Sdn Bhd turut menawarkan tawaran ‘bundle’ dengan diskaun bermula 5 peratus sehingga 12.5 peratus bagi barangan utama dan tawaran harga murah bagi pencetak.

ARTIKEL YANG SAMA