Azzurri resah selepas seri

Azzurri resah selepas seri

TURIN, 7 Okt – Jurulatih Itali, Giam Piero Ventura mengakui banyak yang perlu dilakukan selepas skuad Azzurri bimbingannya terikat 1-1 dengan Sepanyol pada kempen kelayakan Piala Dunia 2018, semalam.

Pemain tengah AS Roma, Daniele De Rossi menyamakan kedudukan lapan minit sebelum perlawanan tamat selepas penyerang Sevilla, Vitolo meletakkan skuad La Roja di depan pada minit ke-55 apabila kesilapan dilakukan penjaga gol Gianluigi Buffon.

Stadium Juventus senyap untuk tempoh yang panjang selepas pemain Sepanyol mempamerkan ‘tiki-taka’ tatkala Ventura yang menggantikan Antonio Conte musim panas ini kerana berhijrah ke Chelsea, mengakui banyak kerja perlu dilakukannya selepas ini.

“Di beberapa kawasan padang, kami berdepan sedikit masalah untuk mengawalnya. Kami memerlukan pendekatan berbeza untuk mencuba dan mengatasi masalah ini,” kata Ventura.

Buffon (tengah), Ciro Immobile (dua kanan), Mattia De Sciglio (kanan) dan Daniele De Rossi menghargai sokongan peminat selepas perlawanan menentang Sepanyol selesai di stadium Juventus di Turin, kelmarin. – AFP
Buffon (tengah), Ciro Immobile (dua kanan), Mattia De Sciglio (kanan) dan Daniele De Rossi menghargai sokongan peminat selepas perlawanan menentang Sepanyol selesai di stadium Juventus di Turin, kelmarin. – AFP

“Ia satu perlawanan daripada dua bahagian dan perubahan yang kami lakukan selepas rehat bermakna kami bermain lebih baik pada babak kedua.

“Sepanyol adalah lebih baik tetapi, sebahagian dari jaringan mereka, Buffon gagal menyelamatkannya dengan baik. Tetapi kami harus banyak belajar daripada perlawanan ini.”

Sementara itu, jurulatih Sepanyol Jelun Lopetegui mengakui keputusan itu memberikan pengalaman pahit dan manis buat pasukannya.

“Kami mempamerkan persembahan yang baik apabila menentang pasukan yang kuat, di stadium ini.

“Anda tidak boleh meletakkan harapan terlalu besar di gelanggang Itali dan pada separuh masa pertama kami hanya memberi peluang yang sedikit kepada mereka.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA