B-20 Serbia julang Piala Dunia

B-20 Serbia julang Piala Dunia

AUCKLAND, 21 Jun (AFP) – Serbia cipta sejarah apabila muncul juara Piala Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) selepas mengejutkan Brazil 2-1 pada final yang di heret ke dalam masa tambahan di Stadium North Harbour, semalam.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas berakhir 90 minit permainan. Serbia lebih dulu membuka tirai jaringan pada minit ke-70 menerusi jaringan Stanisa Mandic.

Begitupun, kelebihan itu pantas dimatikan Brazil yang meledak gol penyamaan tiga minit kemudian menerusi Andreas Pereira.

Ini kali pertama Serbia merangkul gelaran itu selaku negara merdeka selepas kali pertama memenanginya di bawah bendera negara Yugoslavia pada 1987 di Chile, selain penampilan pertama di New Zealand.

Nemanja Maksimovic meledak gol kemenangan Serbia pada minit ke-118, pada masa tambahan menerusi satu serangan balas pantas yang berjaya memperdaya pertahanan Brazil.

Pemain Serbia meraikan kejayaan merangkul Piala Dunia B-20 selepas membenam Brazil di Auckland semalam. – AFP
Pemain Serbia meraikan kejayaan merangkul Piala Dunia B-20 selepas membenam Brazil di Auckland semalam. – AFP

Dia menolak melalui bola dari Andrija Zivkovic melepasi Jean untuk membawa kejayaan kepada Serbia yang berada dalam kejohanan buat kali pertama sebagai sebuah negara merdeka, walaupun pendahulu mereka Yugoslavia menang pada 1987.

Lorongan menarik itu menyebabkan Brazil putih mata dengan impian mereka untuk menebus aib 2014 – ketika kalah dengan rekod 7-1 kepada Jerman pada separuh akhir Piala Dunia – hancur berkecai.

Kekalahan itu menyaksikan Brazil gagal menyamai rekod dipegang Argentina yang memenangi kejohanan sebanyak enam kali setakat ini. Brazil sudah mempunyai lima gelaran Piala Dunia B-20 dengan rekod sembilan aksi final.

ARTIKEL YANG SAMA