B-21 Portugal benam England

B-21 Portugal benam England

UHERSKE HRADISTE, Republik Czech, 19 Jun (AFP) – Midfield Sporting Lisbon, Joao Mario memberikan Portugal kemenangan 1-0 ke atas England dalam aksi pembukaan Kejohanan Bawah–21 Eropah di Republik Czech semalam.

Mario menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-57 dengan rembatan melantun yang menggegarkan tiang gol, sekali gus membawa Portugal kepada kedudukan kedua Kumpulan B di belakang Sweden, sementara England berada di kedudukan tercorot.

Jentera serangan England terjejas sebelum perlawanan dengan penyerang West Brom, Saido Berahino – penjaring terbanyak dalam kelayakan dengan 10 gol pada beberapa perlawanan – direhatkan kerana kecederaan lutut.

England juga kehilangan pertahanan Everton, John Stones kerana mengalami konkusi.

Pemain Serbia, Andrija Zivkovi (kanan) cuba menjaringkan gol semasa menentang Mali di Auckland kelmarin. – AFP
Pemain Serbia, Andrija Zivkovi (kanan) cuba menjaringkan gol semasa menentang Mali di Auckland kelmarin. – AFP

Penyerang Tottenham, Harry Kane melepaskan beberapa peluang – percubaannya dinafikan oleh penjaga gol Portugal, Jose Sa selepas rembatan menarik dari jarak 20 ela pada separuh masa pertama.

Sa sekali lagi menghalang rembatan jarak dekat Kane 10 minit sebelum tamat dan kemudian menyelamatkan tandukan pertahanan dari West Ham, Carl Jenkinson pada saat–saat akhir.

England gagal buat kali pertamanya menjaringkan gol dalam 18 perlawanan pada peringkat bawah–21.

ARTIKEL YANG SAMA