B-Muda FT juarai Kejohanan Futsal 5’s Jambu

B-Muda FT juarai Kejohanan Futsal 5’s Jambu

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Mei – B-Muda FT menang penentuan penalti 4-3 ke atas IKLAM setelah masa sebenar berakhir 1-1 untuknya muncul juara Kejohanan Futsal 5’s Jambu 2015 sekali gus menyerahkan gelaran naib juara kepada IKLAM.

Pada kejohanan yang berlangsung di padang Sekolah Rendah (SR) Datu Mahawangsa Lambak itu, pingat gangsa dimenangi oleh Bedanu FT yang membenam Kheir FC 3-1 dalam penentuan tempat ketiga.

Sejumlah 32 pasukan terbahagi kepada lapan kumpulan (empat pasukan sekumpulan) telah menyertai kejohanan anjuran Cawangan Bekal, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) berkenaan. Hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan mara ke pusingan kalah mati.

Juara telah menerima hadiah berupa piala, pingat emas beserta wang tunai $500, manakala naib juara memenangi pingat perak beserta wang tunai $300, dan pemenang ketiga pula membawa pulang pingat gangsa beserta wang tunai $150.

B-Muda FT juara Kejohanan Futsal 5’s Jambu 2015.
B-Muda FT juara Kejohanan Futsal 5’s Jambu 2015.

Menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada tiga pasukan terbaik kejohanan ialah Pegawai Pemerintah Cawangan Bekal TUDB, Mejar (U) Harmadi bin Mamit dan Timbalannya, Mejar (U) Sherpor Nizam bin Ghapor.