B.O.S menang 4-1 ke atas Bentera FC

B.O.S menang 4-1 ke atas Bentera FC

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Fadhil Yunos

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Nov – Dua jaringan daripada Rosmini pada minit ke-20 dan ke-25 perlawanan membantu Pasukan B.O.S menang 4-1 ke atas Pasukan Bentera FC pada perlawanan persahabatan bola sepak yang diadakan di Padang Kompleks Sukan Berakas, semalam.

Kedua-dua jaringan Rosmini tercipta melalui hantaran lintang yang dihasilkan oleh Samsul.

Fadli kemudian menambah gol ketiga buat Pasukan B.O.S hasil daripada kerjasama bersama Saini sebelum jaringan terakhir disempurnakan oleh Haji Tomo melalui sepakan percuma. Namun Pasukan Bentera FC tidak pulang dengan tangan kosong apabila berjaya menembusi gawang B.O.S sebelum tamat perlawanan.

Pasukan B.O.S yang memenangi perlawanan persahabatan tersebut.
Pasukan B.O.S yang memenangi perlawanan persahabatan tersebut.