B.T. Forwarding, DST bertemu di separuh akhir bola jaring

B.T. Forwarding, DST bertemu di separuh akhir bola jaring

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Mei – Dua pasukan musuh tradisi dan merupakan finalis Kejohanan Bola Jaring Sukan Ria Antara Syarikat tahun lalu iaitu Pasukan bola jaring B.T. Forwarding dan DST berjaya melangkah ke separuh akhir kejohanan yang akan diadakan tidak lama lagi.

Pada perlawanan yang diadakan hari ini, kedua-dua pasukan berkenaan terlibat dengan beberapa siri perlawanan hari ini dalam peringkat kumpulan bagi menetapkan kedudukan dua teratas Kumpulan A yang setakat ini dipelopori B.T. Forwarding.

Juara bertahan berkenaan menewaskan Pasukan JPMC dengan jaringan 9-14 dan menang ke atas Pasukan BIBD dengan jaringan 10-2 untuk menempatkan mereka di takhta Kumpulan A bagi siri kejohanan kali ini.

Sementara itu, Pasukan DST pula terpaksa berhempas pulas bersaing bersama Pasukan JPMC untuk menentukan kedudukan kedua dan sekali gus mengiringi Pasukan B.T. Forwarding untuk mara ke separuh akhir.

Pasukan B.T. Forwarding mara ke separuh akhir kejohanan tersebut.
Pasukan B.T. Forwarding mara ke separuh akhir kejohanan tersebut.
Gambar ramai bersama Pasukan DST.
Gambar ramai bersama Pasukan DST.

Pasukan DST pula berjaya menewaskan Pasukan BIBD dengan jaringan 2-5. Manakala pada perlawanan kedua di akhir hari ke-5 kejohanan itu, Pasukan DST sekali lagi menang mengalahkan Pasukan Darussalam Asset dengan jaringan 11-1.

Dalam Keputusan lain Kumpulan A pula, Pasukan RB tewas di tangan JPMC (7-8), CBTL tewas di tangan Aegis Solution (0-15), CBTL tewas di tangan RB (1- 21), Darussalam Asset tewas di tangan Aegis Solution (3-6), RB menewaskan KPMG (21-2), JPMC menewaskan Darussalam Asset (7-6) dan KPMG tewas di tangan CBTL (2-4)

Menurut ketua pasukan B.T. Forwarding, Nurafiqah@Fatin Najlaa binti Samat, pasukannya bernasib baik dan sering berada pada kedudukan yang selesa untuk menjaringkan gol dan menambahkan mata.

“Pada kami JPMC adalah saingan yang mencabar hari ini kerana saya diberitahu beberapa pemain mereka tidak berpeluang bermain dalam dua hari sebelum ini ekoran kerja dan perbezaan corak permainan mereka sangat ketara” ujarnya lagi.

ARTIKEL YANG SAMA