B.T Forwarding kekalkan penguasaan

B.T Forwarding kekalkan penguasaan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Mei – Setelah menang dalam dua perlawanan pertama pada hujung minggu lalu, hari ini B.T Forwarding meneruskan penguasaannya di dalam Kumpulan A Kejohanan Bola Jaring Antara Syarikat 2016 apabila pada perlawanan pertama pasukan itu hari ini membelasah Pasukan CBTL dengan jaringan 20-1.

Perlawanan semakin hangat apabila B.T Forwarding yang merupakan juara bertahan berentap dengan finalis tahun lalu Pasukan DST yang akhir berkesudahan dengan jaringan 13-11 berpihak kepada Pasukan B.T Forwarding.

Turut mendapat perhatian ialah perlawanan di antara Pasukan Penerbangan Diraja Brunei (RB) menentang Pasukan DST yang akhirnya berkesudahan dengan kemenangan dipihak DST dengan mata (10-12).

Kejohanan berkenaan telah bermula Jumaat lalu menyaksikan sembilan perlawanan bagi Kumpulan A di hari pertama sebelum diteruskan dengan 11 perlawanan bagi Kumpulan B di hari kedua pada 7 Mei yang lalu.

Antara aksi di dalam perlawanan sengit antara RB dan DST.
Antara aksi di dalam perlawanan sengit antara RB dan DST.

Dalam Kumpulan A RB menang ke atas Aegis Solution (11-4), KPMG tewas di tangan BIBD (0-13), JPMC tewas di tangan DST (7-12), CBTL tewas di tangan Darussalam Asset (2-8), RB tewas kepada B.T Forwarding (5-8), KPMG tewas di tangan Aegis Solution (0-14), BIBD tewas di tangan JPMC (2-6), CBTL tewas di tangan DST (0-17) dan Darussalam Asset akur di tangan B.T Forwarding dengan mata (3-15)

Aksi di dalam Kumpulan B pula meneruskan program kejohanan pada Sabtu lalu menyaksikan Bank Baiduri menjinakkan RBC dengan kemenangan (17-7), Jabatan Buruh menang ke atas CIBFM (15-7), QAF tewas di tangan Telbru (5-8), Kingston tewas di tangan Yayasan (2-17), RBC tewas kepada Bank Standard Chartered (4-11).

Jabatan Buruh pula tewas di tangan Bank Baiduri Bank (3-15), Qaf menewaskan CIBFM (8-6), Telbru sekali lagi menang ke atas Kingston (17-0), Yayasan tewas di tangan Bank Standard Charetered Bank (8-11), RBC tewas di tangan CIBFM (1-10), Baiduri menewaskan Telbru (7-4) dan Qaf menewaskan Jabatan Buruh (19-1).

ARTIKEL YANG SAMA