Ba dijangka akan kembali beraksi

Ba dijangka akan kembali beraksi

SHANGHAI, 22 Julai – Pakar bedah Demba Ba tiba di Shanghai dan mengisytiharkan dia merasa yakin bekas pemain penyerang Chelsea itu akan kembali dalam persaingan bola sepak.

Pakar bedah ortopedik dari Perancis, Olivier Bringer tiba di bandar mega China lewat semalam dan dengan segera pergi ke Putuo District People’s Hospital di mana pemain penyerang dari Senegal itu dirawat sejak mengalami patah kaki kiri yang dihadapinya ketika beraksi bagi Shenhua di Shanghai menentang SIPG pada Ahad lalu.

“Saya pasti dia akan dapat pulih dan beraksi dalam bola sepak sekali lagi,” Bringer yang dipetik hari ini oleh akhbar Shanghai Daily.

“Dalam masa beberapa bulan, dia akan mempunyai kemungkinan akan kembali. Dia seorang yang kuat dan saya pasti dia akan mampu melaluinya.”

Ba dijadualkan menjalani pembedahan esok pagi apabila Pasukan Bringer yang terdiri dari doktor Perancis akan dikuatkan dengan kakitangan perubatan dari Huashan Hospital, Shanghai.

“Kami biasa kepada pembedahan seperti itu,’ kata Bringer. ‘Pasukan saya telah melakukan banyak kali di Perancis.”

Tanpa Ba, Shenhua tewas 2-1 di Shijiazhuang Ever Bright dalam Liga Super China pada malam semalam.

Pemain penyerang, Obafemi Martins, menunjukkan gambar dalam media sosial ketika mengunjungi Ba di hospital minggu lalu, meletakkan Shenhua didepan selepas minit ke-18.

Tetapi ia adalah bekas pemain penyerang Shenhua, Mao Jianqing yang menyamakan kedudukan selepas rehat dan pemain pertahanan Korea, Cho Yong-Hyung menjaringkan gol kemenangan 15 minit sebelum tamat perlawanan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA