Ba tidak berhasrat untuk bersara

Ba tidak berhasrat untuk bersara

SHANGHAI, 20 Julai – Bekas penyerang Chelsea, Demba Ba tidak berhasrat untuk bersara awal daripada bola sepak sekalipun kakinya patah minggu lalu.

Kerjaya pemain berusia 31 tahun itu yang pernah bermain dengan West Ham dan Newcastle boleh sahaja berakhir selepas mengalami patah tulang betis kiri ketika beraksi bersama pasukan Liga Super China, Shanghai Shenhua.

Selepas insiden itu berlaku, Pasukan Perubatan Shenhua terus bergegas menuju ke padang tanpa menunggu isyarat pengadil dan perlawanan dihentikan selama lapan minit semasa penjaring terbanyak Liga Super itu Cina, dengan 14 gol, dirawat di padang sebelum dibawa ke hospital.

Bercakap kepada Radio Monte Carlo dari hospital di Shanghai, Ba berkata: “Ini adalah kecederaan yang amat teruk namun saya tahu saya akan mampu mengatasinya. Saya tidak akan mengatakan sudah tiba masanya dalam karier saya, ia sudah pasti.

“Mereka belum menjalankan pembedahan penuh kerana saya memberitahu mereka supaya menunggu dulu.

“Saya mahu pergi ke Eropah untuk menjalankan pembedahan namun apabila saya mengetahui ia mustahil, saya sudah mengaturkan dengan doktor di sini untuk membawa seorang pakar bedah Perancis yang akan tiba tidak lama lagi.

“Dia akan melakukan pembedahan ke atas saya,” kata Ba yang memiliki 19 kap bersama skuad kebangsaan Senegal, mengenai rawatan terhadap kecederaan yang diperolehnya ketika bertembung dengan pertahanan Shanghai SIPG, Sun Xiang.

Kelibatnya bersama Shenhua pasti akan dirindui pasukan di tangga kelima liga elit China itu selepas meledakkan 14 gol dalam 18 perlawanan setakat ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA