Bacaan IPU Kuala Baram bertambah baik

Bacaan IPU Kuala Baram bertambah baik

MIRI, 22 Feb – Keadaan berjerebu di kawasan Kuala Baram yang mencapai tahap berbahaya pagi kelmarin mulai bertambah baik di sebelah petang.

Pagi kelmarin, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kawasan itu melebihi paras 300.

Semakan pada laman http://apims.doe.gov.my/ menunjukkan bacaan IPU di kawasan itu pada pukul 2 petang menurun kepada 206 berbanding 330 pada 11 pagi kelmarin.