Bacaan Khatam 70 kali dipantau

Bacaan Khatam 70 kali dipantau

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 25 Mei – Majlis Pemantauan Membaca Al-Quran 70 Kali Khatam Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPMK) Seluruh Negara Sempena Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-70 Tahun diteruskan lagi hari ini bagi Daerah Tutong yang berlangsung di Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, Kampung Kiudang.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Ramli bin Haji Lahit; Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Haji Adanan bin Haji Adam; ketua-ketua jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung Daerah Tutong serta ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel.

Bagi daerah ini, bacaan Al-Quran 70 Kali Khatam menyaksikan seramai 420 orang peserta yang terdiri daripada kategori lelaki dewasa, perempuan dewasa, belia, beliawanis, kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur 12 tahun ke bawah dalam kalangan ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPMK), ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid serta penuntut-penuntut sekolah.

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar hadir pada Majlis Pemantauan Membaca Al-Quran 70 Kali Khatam bagi Daerah Tutong.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar hadir pada Majlis Pemantauan Membaca Al-Quran 70 Kali Khatam bagi Daerah Tutong.
ATAS & BAWAH : Antara peserta yang menyertai Majlis Pemantauan Membaca Al-Quran tersebut.
ATAS & BAWAH : Antara peserta yang menyertai Majlis Pemantauan Membaca Al-Quran tersebut.

pg08_160526_b

Majlis Pelancaran Membaca Al-Quran 70 Kali Khatam MPMK bagi Daerah Tutong telah diadakan pada 1 Mac yang lalu di Masjid Rancangan Perpindahan Negara Bukit Beruang, Tutong yang disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Haji Idris bin Haji Mohd Ali.

Ia diadakan antara lain bagi menzahirkan kesyukuran rakyat dan penduduk negara ini kepada Allah Subhanahu Wa-Ta’ala atas limpah rahmat dan nikmat-Nya menjadikan Negara Brunei Darussalam yang aman dan sejahtera di bawah kepimpinan bijaksana Baginda.

Selain itu, ia juga untuk mendokong hasrat Baginda Sultan untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir dan sebagai manifestasi penghayatan terhadap falsafah negara Melayu Islam Beraja sebagai sistem yang mengatur cara hidup di negara ini ke arah perpaduan yang kukuh dan kesejahteraan yang penuh harmoni.

ARTIKEL YANG SAMA