Bacaan, perbuatan solat perlu sempurna

Bacaan, perbuatan solat perlu sempurna

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Mei – Seramai 3,819 orang murid dari 17 buah sekolah agama kawasan Brunei 1 telah mengikuti Program Mencintai Solat kali ke-2 anjuran Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-sekolah Agama Kawasan Brunei 1 sempena Sambutan Israk dan Mikraj tahun 1437H/2016M.

Program tersebut antara lain bertujuan memastikan niat, bacaan dan perbuatan murid-murid dalam solat dapat dilakukan dengan sempurna dan seterusnya dapat mengukuhkan lagi akidah mereka melalui ceramah dan praktikal yang dilakukan pada hari tersebut.

Pegawai Pengajian Islam Kawasan Brunei 1, Dayang Hajah Noorsiah binti Haji Mohd Noor selaku penasihat Program Mencintai Solat berharap murid-murid sekolah akan dapat mengamalkan bacaan dan perbuatan solat dengan baik dan sempurna.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru sekolah agama kawasan Brunei 1 atas kerjasama menjayakan program ini bagi menyempurnakan murid-murid dalam ibadat solat.

Murid-murid yang menyertai Program Mencintai Solat kali ke-2.
Murid-murid yang menyertai Program Mencintai Solat kali ke-2.

ARTIKEL YANG SAMA