Bacaan Yasin, bertahlil di Kubah Makam Diraja

Bacaan Yasin, bertahlil di Kubah Makam Diraja

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Julai – Para penjaja dan kakitangan di Bangunan Sumbangsih Mulia hari ini mengadakan bacaan Yasin dan majlis Tahlil untuk Almarhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Almarhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Majlis itu merupakan acara tahunan bagi Sumbangsih Mulia sempena bulan Ramadan yang mulia untuk menyampaikan rasa hormat dan kasih sayang terhadap Almarhum dan Almarhumah dan dihadiri lebih 200 orang.

Turut hadir ialah Pengiran Dato Haji Sarifuddin bin Pengiran Haji Metali dan Pengerusi Sumbangsih Mulia, Yang Berhormat Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin.

Bacaan Surah Yasin dan Tahlil diketuai oleh Imam Masjid Kampung Beribi, Haji Abdullah bin Haji Tahir.

Pengiran Dato Haji Sarifuddin dan Yang Berhormat Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin (kedua dan ketiga dari kiri) di majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja.
Pengiran Dato Haji Sarifuddin dan Yang Berhormat Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin (kedua dan ketiga dari kiri) di majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja.
Sebahagian hadirin yang turut menyertai majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja.
Sebahagian hadirin yang turut menyertai majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja.

ARTIKEL YANG SAMA