Bach tinjau persediaan Olimpik Musim Sejuk 2018

Bach tinjau persediaan Olimpik Musim Sejuk 2018

SEOUL, 19 Ogos – Ketua Olimpik Thomas Bach hari ini mengadakan pertemuan bersama penganjur Sukan Musim Sejuk 2018 Korea Selatan yang sekarang sedang membuat persediaan selepas kebimbangan awal mengenai penangguhan pembinaan, kesukaran pembiayaan dan penajaan.

Sukan yang diadakan di pergunungan Pyeongchang dan temasya terbesar di negara itu dengan rekod 102 acara, merupakan Sukan Musim Sejuk pertama diadakan di negara Asia selain Jepun.

Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), mengadakan perbincangan bersama pengerusi jawatankuasa penganjuran Pyeongchang, Cho Yang-Ho, taikun perniagaan Korea Selatan yang terkenal dan menerima pujian untuk perubahan dalam persediaan untuk menganjurkan sukan itu.

Selepas Seoul, Bach dijadualkan berlepas ke Beijing yang telah dipilih sebagai tuan rumah Sukan Musim Sejuk 2002 bulan lalu. IOC memilih Pyeongchang sebagai tuan rumah 2011 menewaskan Bandaraya Munich, Jerman dan kota Annecy, French Alpine.

Tetapi projek itu kemudian mengalami masalah dan pada ketika Cho mengambil alih sebagai ketua jawatankuasa penganjuran setahun lalu, beberapa venue sukan ketinggalan di belakang jadual, tiada penaja dengan kerajaan serantau dan pusat berbalah mengenai pembiayaan.

Pada Januari tahun ini, IOC memberi amaran bahawa persediaan Seoul sudah ketinggalan dan terdapat cadangan – yang ditolak oleh penganjur – bahawa Jepun meminta menjadi penganjur bersama untuk sebahagian acara.

Cho, pengerusi berusia 66 tahun dari konglomerat Hanjin Group yang dikendalikan anggota keluarga, berminat dengan pembinaan, membina kapal dan penerbangan komersial, mampu untuk menangani kebimbangan tersebut.

Semua pembinaan sekarang bermula dan seharusnya diselesaikan untuk acara ujian yang dijadualkan Februari depan. Syarikat–syarikat utama Korea Selatan seperti Samsung dan LNG bersetuju untuk menyokong Sukan itu dan pembuat kereta Hyundai adalah syarikat utama terbaru untuk menyertai penajaan. – AFP