Bach tolak ‘boikot politik’ dalam sukan

Bach tolak ‘boikot politik’ dalam sukan

MOSCOW, 22 Okt – Presiden Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) Thomas Bach sekali lagi menyatakan penentangannya terhadap pemboikotan politik, dengan memberikan alasan kekecewaannya sendiri sebagai seorang atlet berhubung tindakan memboikot yang diketuai Amerika Syarikat tatkala Sukan Olimpik 1980 di Moscow.

Bach membuat kenyataan itu semalam di Moscow pada majlis perasmian Forum Olimpik Dunia.

Presiden Rusia Vladimir Putin turut berucap sambil menggesa bagi penyelesaian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke atas tindakan ‘mempolitikkan’ sukan.

Bach berkata dia adalah “atlet muda yang sedang bersemangat penuh keyakinan” selepas memenangi pingat emas dalam acara lawan pedang untuk Jerman Barat pada Sukan Olimpik Montreal di Kanada.

Bagaimanapun dia “berasa amat kecewa” selepas Jerman Barat mematuhi gesaan Amerika Syarikat untuk memboikot Olimpik Moscow berhubung pencerobohan Soviet ke atas Afghanistan.

Bach berkata “saya tahu jika para pemimpin dunia mendengar cakap para atlet, setentunya pemboikotan itu tidak akan terjadi.” – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA