Badak sumbu India kian terancam

Badak sumbu India kian terancam

KAZIRANGA, India, 12 Julai – Apabila malam tiba di kawasan lapang taman negara Kaziranga India, sekumpulan kecil pengawal hutan mengadakan rondaan untuk melindungi populasi terbesar badak sumbu satu tanduk.

Lelaki-lelaki yang bersenjatakan senapang tua dan obor kecil plastik berada di barisan depan dalam pertarungan menentang rangkaian pemburuan haram antarabangsa yang kian meningkat yang memburu binatang-binatang jarang, memasuki taman itu pada waktu malam untuk mendapatkan tanduk badak sumbu itu.

Seabad yang lalu, India telah mengisytiharkan kemenangan ke atas pemburu haram di Kaziranga, kawasan lindungan sebesar 430 kilometer persegi di negara timur laut Assam yang menjadi tempat tinggal bagi kira-kira 2,500 badak sumbu.

Namun dalam tahun kebelakangan telah menunjukkan peningkatan terhadap pembunuhan binatang itu, yang mana tanduknya sangat berharga di negara jiran China dan Vietnam.

Sekurang-kurangnya puluhan badan sumbu telah diburu secara haram di Kaziranga dan dalam enam bulan pertama tahun ini, lebih daripada dua kali ganda jumlah dibunuh daripada jumlah pada 2006.

Seekor badak sumbu yang berada dalam kawasan perlindungan di India. - AFP
Seekor badak sumbu yang berada dalam kawasan perlindungan di India. – AFP

“Rangkaian pemburuan haram telah menjadi lebih sistematik, kuat dan cekap,” kata Amit Sharma, penyelaras kanan bagi perlindungan badak sumbu di WWF India, yang menyalahkan meningkatnya permintaan sehingga harga meningkat sehingga AS$100,000 sekilo bagi produk tanduk itu.

“Nilai tanduk itu telah meningkat secara ketara, itulah sebabnya kenapa orang sanggup untuk menggadai nyawa mereka,” tambahnya.

Renjer-renjer taman berkata mereka tidak mempunyai kelengkapan yang canggih untuk menangani senjata moden yang digunakan oleh pemburu haram, termasuk AK47 dan gogal waktu malam.

Kebanyakan kumpulan pemberontak di India yang menetap di kawasan timur laut terlibat dalam perdagangan itu, yang menyeludupnya ke negara jiran Nagaland menujuk Myanmar sebelum diseludupi masuk ke China. Isu tersebut sangat emotif di Assam, di mana badak sumbu itu merupakan sumber kebanggaan dan tarikan pelancong yang tinggi.

Ia menjadi satu tajuk utama global pada April lepas, apabila seekor badak sumbu diburu secara haram pada hari yang sama Putera William dan isterinya Kate melawat taman negara itu. – AFP