Badan khas bangunkan PKS

Badan khas bangunkan PKS

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Mei – Penggubalan akta dan sokongan perundangan bagi membentuk satu badan khas yang bertanggungjawab dalam mempromosi dan menyediakan kemudahan pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negara ini, kini berada di peringkat akhir.

Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar berkata badan khas ini diperkenalkan bagi menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Tahun Baru 2015 lalu.

Menurut Yang Berhormat Pehin berbeza dengan negara lain, Negara Brunei Darussalam belum mempunyai agensi khusus yang bertanggungjawab dalam pembangunan dan kemajuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), yang mana aktiviti pembangunan PKS kebanyakannya bertumpu kepada sektor tertentu serta beberapa kementerian.

Dengan penubuhan badan itu nanti, Yang Berhormat Pehin berkata, ia akan bertindak sebagai pemangkin kepada pembangunan dan kemajuan PKS.

Badan berkenaan akan menjadi kemudi kepada keperluan PKS dan berperanan untuk membangunkan dasar pembangunan PKS serta melihat dan mengatur strategi holistik bagi penyediaan perkhidmatan dan program kepada sektor PKS.

Yang Berhormat Pehin menyampaikan ucapan di majlis itu.
Yang Berhormat Pehin menyampaikan ucapan di majlis itu.

pg05_150506_f

Antara yang hadir di Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Perniagaan LiveWIRE ke-10.
Antara yang hadir di Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Perniagaan LiveWIRE ke-10.

Yang Berhormat Pehin menekankan perkara ini semasa menyampaikan ucapan selaku tetamu kehormat di Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Perniagaan LiveWIRE ke-10 di Kelab Rekreasi Diraja Brunei di Berakas, hari ini.

Majlis berkenaan menyaksikan 23 syarikat menerima anugerah di bawah dua kategori utama iaitu Kategori Pelan Perniagaan yang dibahagikan lagi kepada enam sub kategori, dan Kategori Syarikat yang merangkumi dua sub kategori.

Di bawah Kategori Pelan Perniagaan, sub kategori Menengah Bawah Tahun 7 hingga 9, tempat pertama dimenangi oleh Sekolah Menengah Chung Hwa dengan Syarikat Chubbies Co sementara Sekolah Saint Andrew’s di tempat kedua dengan Syarikat Royale Bees.

Sekolah Menengah Menglait pula tampil tempat pertama bagi sub kategori Menegah Atas Tahun 10 dan 11 dengan Syarikat Dynamic Bees Co disusuli Sekolah Menengah Sayyidina Husain yang menampilkan Syarikat Majestic Bees Co dan Sekolah Saint Andrew’s di tempat ketiga.

Pusat Tingkatan Enam Meragang mengungguli sub kategori Pra Universiti apabila tiga syarikat yang ditampilkannya menduduki tempat pertama sehingga ketiga iaitu SEACAPSULLAGEN, F2F Company dan AEL Elegant Company.

Sub kategori Pendidikan Tinggi: Vokasional dan Teknikal pula dijuarai oleh ASKMEE Enterprise daripada Sekolah Vokasional Nakhoda Ragam, diikuti oleh Fav-E Bees Co dan Fovaq Bees Company, kedua-duanya daripada Sekolah Vokasional Wasan, masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Tetamu kehormat menyampaikan anugerah kepada pemenang kategori Menengah Bawah, dari Sekolah Menengah Chung Hwa.
Tetamu kehormat menyampaikan anugerah kepada pemenang kategori Menengah Bawah, dari Sekolah Menengah Chung Hwa.
Tetamu kehormat menyampaikan anugerah juara kategori Menengah Atas kepada Pusat Tingkatan Enam Meragang.
Tetamu kehormat menyampaikan anugerah juara kategori Menengah Atas kepada Pusat Tingkatan Enam Meragang.
Tetamu kehormat menyampaikan hadiah dan cek kepada pemenang kategori Vokasional dan Teknikal, dari Sekolah Perdagangan Brunei Darussalam.
Tetamu kehormat menyampaikan hadiah dan cek kepada pemenang kategori Vokasional dan Teknikal, dari Sekolah Perdagangan Brunei Darussalam.
Tetamu kehormat menyampaikan Anugerah Syarikat Paling Cemerlang kepada Awang Johari Brahim dari Jocon Contractor.
Tetamu kehormat menyampaikan Anugerah Syarikat Paling Cemerlang kepada Awang Johari Brahim dari Jocon Contractor.

Sementara itu, Sekolah Perdagangan membolot tiga tempat teratas dalam sub kategori Institusi Tinggi UBD, ITB, UNISSA dan KUPUSB, dengan tiga syarikat iaitu Pita Corner Food Truck (pertama), ENT7 Lekor (kedua) dan Wheelie Ride Company (ketiga).

Bagi Peserta Program LiveWIRE, Hanidah Ahmad Laini tampil juara mewakili Abduyibah Catering diikuti oleh Dayangku Saberinawati Pengiran binti Haji Damit mewakili S.A.B Educational Dervices di tempat kedua dan tempat ketiga disandang oleh Awang Mohammad Alip Abdullah mewakili AY Miracke Motorsport.

Manakala itu, di bawah Kategori Syarikat pula, sub kategori The LiveWIRE Business Start-Up bagi perniagaan yang telah beroperasi sekurang-kurangnya enam bulan hingga tiga tahun, tidak mempunyai pemenang, hanya hadiah sagu hati diberikan kepada Mohammad Yazid @ Mohammad Ramadhan Sabaraya mewakili Yazid Ar-Ramadhan Enterprise.

Majlis itu turut menyaksikan ASKMEE Enterprise daripada Sekolah Vokasional Nakhoda Ragam menerima Anugerah Pelan Perniagaan terbaik.

Sementara itu, empat lagi menerima anugerah contoh iaitu Amirul Elfri Haji Johan dari AEJ Enterprise (Syarikat Paling Mapan), Adrian Tan dari Printmartz Advertising (Pencapaian Paling Progesif), Dayang Iffah Billah binti Haji Junaidi dari RAB GlobalnGreen (Paling Inovatif) dan Awang Johari Brahim dari JOCOn Contractor (Syarikat Cemerlang).

Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh tetamu kehormat selepas pembentangan daripada ketua hakim.

ARTIKEL YANG SAMA