Badang China pecah rekod dunia

Badang China pecah rekod dunia

RIO DE JANEIRO, 8 Ogos – Atlet angkat berat China, Long Qingquan mencipta rekod dunia semalam menerusi gabu-ngan angkatan seberat 307 kilogram untuk membawa pulang pingat emas Olimpik dalam kategori lelaki 56 kilogram di Rio.

Long mengangkat 170 kilogram dalam angkatan terakhir acara clean and jerk untuk merampas tempat pertama daripada juara bertahan Om Yun-Chol dari Korea Utara.

Long, pemenang emas di Beijing 2008, sebelum itu mengangkat bebanan 137 kilogram di atas kepalanya dalam acara snatch ketika dia dan Om bersaing hebat yang membuatkan penyokong Brazil teruja.

pg23_160809_olympic logo

Long Qingquan semasa acara 56 kilogram angkat berat lelaki di Sukan Olimpik Rio 2016 di Rio de Janeiro Ahad lalu. – AFP
Long Qingquan semasa acara 56 kilogram angkat berat lelaki di Sukan Olimpik Rio 2016 di Rio de Janeiro Ahad lalu. – AFP

Angkatan keseluruhan atlet China itu mengatasi rekod lama yang bertahan 16 tahun dengan 305 kilogram dilakukan atlet Turki, Halil Mutlu pada temasya Sydney 2000.

Ia juga menamatkan dominasi empat tahun Om dalam kategori paling ringan itu.

Korea Utara menang emas di London 2012 sebelum turut memenangi tiga kejuaraan dunia berturut-turut. – AFP