Badminton masih sandaran utama emas M’sia

Badminton masih sandaran utama emas M’sia

SEPANG, 24 Ogos – Sukan badminton masih menjadi sandaran utama Malaysia untuk meraih pingat emas Sukan Olimpik akan datang di Tokyo.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata kejayaan skuad badminton di Sukan Olimpik Rio de Janeiro membuktikan prospek pingat emas tidak tertumpu kepada satu kategori sahaja.

Khairy berkata Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah mencapai sasaran awal ekoran kejayaan tiga pingat perak di Sukan Olimpik kali ini dan beliau yakin badminton mampu merealisasikan pingat emas pertama di Tokyo nanti.

“BAM mempunyai satu pelan jangka panjang yang sedang dilaksanakan Morten Frost Hansen (Pengarah Teknikal BAM). Pemain badminton negara hampir meraih pingat emas buat negara.

“Kita sebenarnya kompetetif tidak kira dalam acara perseorangan, beregu lelaki dan beregu campuran. Beregu wanita juga mempamerkan aksi yang baik,” katanya pada sidang media di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang hari ini. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA