‘Badut’ tikam lelaki di Sweden

‘Badut’ tikam lelaki di Sweden

STOCKHOLM, 14 Okt – Seorang lelaki di selatan Sweden telah ditikam oleh seorang penyerang yang tidak dikenali yang memakai topeng badut, kata polis hari ini.

“Seorang lelaki berusia 19 tahun telah ditikam di bahu oleh seorang yang tidak dikenali yang melarikan diri,” kata polis di wilayah Halland dalam laman web mereka.

Serangan itu muncul ketika gelombang histeria tentang kemunculan ‘badut menakutkan’ melanda Amerika Syarikat dan beberapa buah negara Eropah lainnya.

Insiden wilayah Halland itu bukan yang pertama melibatkan badut di Sweden.

Di tengah negara Scandinavian pada Rabu, dua orang memakai kostum badut mengancam untuk membunuh seorang wanita.

Juga pada Rabu, sekumpulan lelaki berpakaian badut mengepung empat kanak-kanak berusia 10 tahun dan mengancam mereka dengan gergasi rantai palsu. – AFP