BAG Network adakan majlis khatam

BAG Network adakan majlis khatam

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Mei – Bersempena perpindahan dan penggunaan pejabat barunya di Taman Teknologi, Kampung Anggerek Desa, BAG Network hari ini mengadakan majlis Khatam Al-Quran.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ketua Pegawai BAG Network, Dayang Haslina binti Taib yang juga merupakan salah seorang daripada peserta khatam berkenaan.

Pegawai Hal Ehwal Korporat BAG Network, Pengiran Haji Imran bin Pengiran Seri Wijaya Pengiran Haji Ahmad selaku penyelaras majlis, ketika ditemui, berkata bahawa acara keagamaan ini telah bermula kira-kira dua bulan yang lalu.

Katanya, seramai 33 warga kerja BAG Network menyertai majlis itu bagi mengambil peluang menyemarakkan acara keagamaan bersempena dengan perpindahan pejabat mereka yang sebelum ini di The Empire Hotel and Country Club di Jerudong.

Gambar ramai peserta khatam BAG Network.
Gambar ramai peserta khatam BAG Network.

Ditanya mengenai perkembangan terkini BAG, menurutnya kini semua 134 warga kerja BAG Network telah berpindah sepenuhnya ke Bangunan “Art and Design” di Taman Teknologi itu.

BAG Network telah memulakan operasinya di sana bermula 30 April 2015 yang lalu.

ARTIKEL YANG SAMA