BAG Network, Crescent meterai MoU

BAG Network, Crescent meterai MoU

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Okt – BAG Networks terus memberi sokongan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) di negara ini, dan ini dapat dilihat dengan penandatanganan memorandum persefahaman (MoU) dengan Crescent Sdn Bhd semasa pelancaran TechXpo di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, kelmarin.

Menandatangani MoU berkenaan bagi pihak BAG Network ialah wakilnya, Awang Mohd Faizul bin Haji Yahya dan Crescent Sdn Bhd diwakili oleh Hajah Salma binti Haji Abdul Latiff.

Hadir menyaksikan penandatanganan berkenaan ialah Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat BAG Network, Hajah Siti Rozana binti Dato Paduka Haji Mohd Yunos dan Ketua Pegawai Eksekutif International Association of Bookkeepers (IAB) dan International Association of Accounting Professionals (IAAP), Malcolm Trotter.

BAG Network dalam kenyataannya menyatakan bahawa, MoU ini adalah bagi menawarkan kursus latihan ‘Perakaunan Dalam Talian Berkomputer’ yang mampu meningkatkan prestasi perakaunan dalam kalangan perusahaan-perusahaan MSME di Brunei.

Hjh Siti Rozana ketika menjelaskan mengenai pameran BAG Network kepada tetamu kehormat, mantan Menteri Perhubungan, Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar.
Hjh Siti Rozana ketika menjelaskan mengenai pameran BAG Network kepada tetamu kehormat, mantan Menteri Perhubungan, Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar.
Malcom Trotter, Hajah Salmah, Awang Mohd Faizul dan Hajah Siti Rozana bergambar ramai di majlis penandatanganan memorandum persefahaman antara BAG Network dan Crescent Sdn Bhd.
Malcom Trotter, Hajah Salmah, Awang Mohd Faizul dan Hajah Siti Rozana bergambar ramai di majlis penandatanganan memorandum persefahaman antara BAG Network dan Crescent Sdn Bhd.

Menurut Hajah Salma, “Ini merupakan langkah pertama dalam perkongsian perniagaan yang bermisi untuk meningkatkan taraf kemahiran perakaunan dalam perusahaan MSME dan tenaga kerja tempatan.

“Dengan kelulusan sijil ‘simpan kira-kira berkomputer’ dari United Kingdom, para lepasan sekolah menengah berpeluang untuk memohon jawatan penolong akaun di syarikat-syarikat MSME,” tambahnya.

BAG Networks, selaku ahli pengasas InfoCom Federation Brunei (IFB), giat menyertai dan menyokong penuh acara TechXpo sejak pameran teknologi tersebut diadakan dari tahun 2010.

Sepanjang ekspo lima hari itu, BAG Network mengalu-alukan orang ramai mengunjungi balai pameran mereka untuk menyertai aktiviti kaji selidik ringkas dan berpeluang memenangi baucar misteri.

ARTIKEL YANG SAMA