BAG Network sumbang air zam-zam

BAG Network sumbang air zam-zam

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Julai – BAG Network hari ini menyumbangkan 600 botol air zam-zam disumbangkan kepada pesakit-pesakit Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) Bandar Seri Begawan. Sumbangan berkenaan merupakan kali keenam diadakan sempena Bulan Ramadan.

Sumbangan disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Korporat, BAG Network, Pengiran Haji Emran bin Seri Wijaya Pengiran Haji Ahmad kepada Ketua Pegawai Eksekutif Hospital RIPAS, Haji Muhd Jamal bin Haji Tersad yang seterusnya menyerahkannya kepada pesakit-pesakit di RIPAS.

Menurut Pengiran Haji Emran, beliau berterima kasih kepada pihak RIPAS atas kerjasama dalam menyalurkan sumbangan air zam-zam kepada pesakit-pesakit sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Katanya, sumbangan air zam-zam hari ini adalah salah satu aktiviti dalam kalender tanggungjawab sosial korporat BAG Network.

Haji Muhd Jamal memberikan air zam-zam kepada salah seorang pesakit RIPAS.
Haji Muhd Jamal memberikan air zam-zam kepada salah seorang pesakit RIPAS.
Pengiran Haji Emran dan Haji Muhd Jamal bergambar ramai bersama ahli BAG Netwrok di Hospital RIPAS.
Pengiran Haji Emran dan Haji Muhd Jamal bergambar ramai bersama ahli BAG Netwrok di Hospital RIPAS.

ARTIKEL YANG SAMA