BAG Networks anjur kempen kitar semula e-waste

BAG Networks anjur kempen kitar semula e-waste

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Sept – Bagi memupuk kesedaran mengenai kitar semula terutamanya bagi sisa elektronik (juga dikenali sebagai e-waste), BAG Networks, baru-baru ini telah mengadakan kempen kitar semula bersama kakitangannya selama tiga hari.

Dalam kenyataan yang diterima, di sini, hari ini, inisiatif kitar semula itu dilaksanakan dengan kerjasama Daikyo Recycling sempena sambutan sedunia ‘Clean Up The World’ yang dianjurkan pada bulan September setiap tahun.

Barangan kitar semula yang dikumpulkan itu telah diserahkan dalam satu acara ringkas yang disampaikan oleh Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat di BAG Networks, Hajah Siti Rozana binti Dato Paduka Haji Mohd Yunos kepada Pengurus Projek di Daikyo Environmental Recycling Sdn Bhd, Jeffrey Hung Chuang Woon.

Hajah Siti Rozana ketika menyampaikan barangan kitar semula kepada Jeffrey Hung Chuang Woon.
Hajah Siti Rozana ketika menyampaikan barangan kitar semula kepada Jeffrey Hung Chuang Woon.

Kenyataan itu turut memetik Ketua Unit Kemudahan dan Perkhidmatan di BAG Networks yang juga menerajui projek ini, Mejar (B) Jamri bin Haji Kassim, sebagai berkata, “Sama ada di rumah ataupun di tempat kerja, kita banyak menyimpan sisa e-waste seperti alat elektronik atau komunikasi serta aksesori komputer yang terusang.

“Oleh itu, wajarlah kita menyalurkan e-waste ini ke arah tujuan yang lebih bermanfaat melalui kitaran dan penggunaan semula. Ini juga selaras dengan kempen BAG Prihatin untuk menggalakkan pendekatan yang saksama dan lestari dalam meningkatkan kualiti hidup melalui teknologi.”

ARTIKEL YANG SAMA