Baggio (Damas...

Baggio (Damasutra) kembali dengan single Taman Syurga

Oleh Norizan Murshid

 

KUALA LUMPUR – Kumpulan Damasutra merupakan sebuah kumpulan rock yang pernah aktif di Malaysia pada awal 90an. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.

Kemunculan Damasutra ditengah-tengah kehangatan muzik rock mengusai persada muzik tanahair seangkatan dengan kumpulan Dinamik, WOW, Blackrose, Kris dan Laksamana.

Damasutra dianggotai oleh Baggio (vokal), Amran (bass), Alok (gitar) dan Assu (drum). Kejayaan tertinggi Damasutra ialah di Anugerah Juara Lagu 1991 dimana lagu “Umpama Mimpi Dalam Mimpi” telah berjaya memenangi tempat kedua dalam kategori Persembahan Terbaik.

Baggio bakal kembali memeriahkan persada seni suara dengan lagu berjudul Taman Syurga.
Baggio bakal kembali memeriahkan persada seni suara dengan lagu berjudul Taman Syurga.

Vokalis Damasutra, Baggio bukan hanya berbakat sebagai penyanyi malah turut menceburi bidang lakonan. Baggio pernah membintangi beberapa buah drama dan telefilem diluar waktu kerjanya bersama Damasutra.

Terkini, Baggio muncul dengan sebuah lagu berjudul “Taman Syurga”. Lagu itu dihasilkan oleh Awang BPR sementara liriknya pula dihasilkan oleh Hairul Anuar Harun.

Penerbit Eksekutif yang terlibat adalah Haslam Shariff dan susunan muzik, gitar/bass dan keyboard oleh Awang BPR yang turut bertindak sebagai penerbit single “Taman Syurga”.

ARTIKEL YANG SAMA