Baginda Raja Isteri berangkat ke Majlis Ilmu

Baginda Raja Isteri berangkat ke Majlis Ilmu

Oleh Siti Nur Wasimah S & Normazlina M.D

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Nov – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha hari ini telah berkenan berangkat ke Majlis Ceramah Perdana, Majlis Ilmu 2015 yang telah berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, pagi tadi.

Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam.

Terdahulu, aturcara majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang telah dipimpin oleh Ketua Hakim Syar’ie, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Salim bin Haji Besar.

Kemudian majlis diikuti dengan sembah alu-aluan yang disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2015, Dato Paduka Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud.

Baginda Raja Isteri berkenan dijunjung menyaksikan pameran di Balai Kenangan Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien.
Baginda Raja Isteri berkenan dijunjung menyaksikan pameran di Balai Kenangan Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri berserta ahli kerabat diraja yang lain berkenan dijunjung untuk bergambar kenangan.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri berserta ahli kerabat diraja yang lain berkenan dijunjung untuk bergambar kenangan.
Baginda Raja Isteri berkenan dijunjung untuk meyaksikan Pameran Majlis Ilmu 2015.
Baginda Raja Isteri berkenan dijunjung untuk meyaksikan Pameran Majlis Ilmu 2015.

pg04_151113_e

pg04_151113_c

pg04_151113_f

pg04_151113_h

Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan dijunjung bergambar ramai.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan dijunjung bergambar ramai.

Beliau antara lain menyembahkan bahawa Majlis Ilmu ini merupakan salah satu acara utama Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-69 Tahun.

Menurut Dato Paduka Haji Mohd Roselan, tema Majlis Ilmu pada tahun ini ialah ‘Wasatiah Kesejahteraan Sejagat’ yang menfokuskan kepada prinsip wasatiah yang mana Allah S.W.T melalui utusannya, Rasulullah S.A.W telah membawa ajaran Islam yang maha suci dan menjadikannya sebagai agama yang adil dan seimbang.

Sehubungan dengan itu, sembah Dato Paduka Haji Mohd Roselan lagi, Ceramah Perdana Majlis Ilmu tahun ini mengetengahkan sebuah ceramah perdana yang bertajuk ‘Wasatiah Membentuk Keunggulan Wanita’ yang disampaikan oleh Dekan Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Hajah Masnooraini binti Haji Mohiddin.

Ceramah ini menyentuh konsep wasatiah dalam membina keperibadian seseorang wanita ke arah keunggulan dari lensa Islam.

Antara para jemputan yang hadir ke majlis itu.
Antara para jemputan yang hadir ke majlis itu.

pg04_151113_j

Ia juga meliputi unsur-unsur wastiah bagi menangani cabaran-cabaran yang dihadapi oleh wanita, terutama di era globalisasi dan impaknya kepada individu, keluarga, pendidikan anak-anak dan juga kerjaya wanita.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudian berkenan mendengarkan Ceramah Perdana yang disampaikan oleh Dr Hajah Masnooraini.

Bagi memberkati majlis, bacaan doa selamat telah dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Haji Awang Salim.

Baginda Raja Isteri berserta ahli kerabat diraja yang lain kemudian dijunjung untuk menyaksikan Pameran Majlis Ilmu 2015 yang bertemakan ‘Wasatiah Membentuk Peribadi Muslim’ di Dewan Serba Guna, ICC.

Pameran ini memberi penerangan tentang wasatiah dari perpektif Islam yang mengetengahkan aspek akidah dan pemikiran, pentadbiran, perhubungan, perundangan, perindustrian, perekonomian, kesihatan dan perubatan, kewangan dan perbankan, pendidikan dan sumber tenaga.

Baginda Raja Isteri dan ahli kerabat diraja lainnya juga turut dijunjung berangkat menyaksikan pameran di Balai Kenangan Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien.

Sebelum berangkat balik, Baginda Raja Isteri dan ahli kerabat diraja lainnya berkenan dijunjung untuk sesi bergambar kenangan.

ARTIKEL YANG SAMA