Baginda Raja Isteri berkenan berangkat ke Majlis Bersanding

Baginda Raja Isteri berkenan berangkat ke Majlis Bersanding

Oleh Fadhil Yunus

Gambar oleh Dean Kassim

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jan – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha telah berkenan berangkat menghadiri Majlis Bersanding anak saudara lelaki Baginda dengan pasangannya.

Majlis Bersanding Pengiran Muhammad Fauzi bin Pengiran Dato Paduka Haji Yunus dan Dayang Izzat Hayati binti Haji Zakaria berlangsung di Taman Seri Alam, Kampung Beribi.

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah.

Turut berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Rakiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Nasibah, Yang Teramat Mulia Pengiran Babu Raja Pengiran Anak Hajah Besar serta ahli-ahli kerabat diraja yang lain.

Baginda Raja Isteri, DYTM Pengiran Muda Mahkota dan YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan bergambar bersama pengantin.
Baginda Raja Isteri, DYTM Pengiran Muda Mahkota dan YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan bergambar bersama pengantin.
Keberangkatan tiba Baginda Raja Isteri dijunjung oleh keluarga pengantin lelaki.
Keberangkatan tiba Baginda Raja Isteri dijunjung oleh keluarga pengantin lelaki.
Baginda Raja Isteri bersama YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah semasa berangkat menghadiri Majlis Bersanding.
Baginda Raja Isteri bersama YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah semasa berangkat menghadiri Majlis Bersanding.
Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota bersama YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan berangkat menghadiri Majlis Bersanding.
Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota bersama YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan berangkat menghadiri Majlis Bersanding.
YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan YTM Pengiran Babu Raja Pengiran Anak Hajah Besar juga berkenan berangkat menghadiri Majlis Bersanding.

Ahli-ahli kerabat diraja yang lain juga berkenan berangkat menghadiri Majlis Bersanding.
Ahli-ahli kerabat diraja yang lain juga berkenan berangkat menghadiri Majlis Bersanding.

pg03_160111_f

pg03_160111_g

Pengiran Muhammad Fauzi dan Dayang Izzat Hayati bersedia untuk memotong kek selepas Majlis Bersanding tersebut.
Pengiran Muhammad Fauzi dan Dayang Izzat Hayati bersedia untuk memotong kek selepas Majlis Bersanding tersebut.

Keberangkatan tiba Baginda Raja Isteri telah dijunjung oleh ibu bapa pengantin lelaki dan keluarga terdekat.

Acara kemuncak majlis adalah perarakan masuk kedua-kedua pengantin yang turut disaksikan oleh Menteri-menteri Kabinet dan para pegawai kanan kerajaan. Mengenakan pakaian sedondon berwarna kuning dan emas, pasangan pengantin berkenaan berjalan masuk secara berasingan menuju ke pelamin yang dihias cantik.

Sejurus selepas pengantin perempuan duduk di atas pelamin, pengantin lelaki yang diiringi oleh pahawai, melakukan upacara tradisi ‘Tiga Naga’, dengan daun-daun kecil direnjis ke tangannya, setelah membuat perjalanan dari kediaman neneknya.

Selepas doa dibacakan, pasangan pengantin baru berkenaan kemudian menjunjung ziarah kehadapan majlis Baginda Raja Isteri, serta ahli-ahli kerabat diraja yang lain.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan kerabat diraja yang lain turut berkenan bergambar ramai bersama pasangan pengantin baru berkenaan sebelum majlis berakhir.

ARTIKEL YANG SAMA