Baginda Raja Isteri berkenan terima mengadap

Baginda Raja Isteri berkenan terima mengadap

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Feb – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha telah berkenan menerima mengadap secara berasingan isteri Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Laos, Tuan Yang Terutama Haji Na’aim bin Mohd Salleh iaitu Dayang Siti Noorazimah binti Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja Dato Seri Paduka Haji Abdul Wahab (gambar bawah).

Baginda juga turut berkenan menerima mengadap perpisahan isteri Duta Besar Thailand ke Brunei, Tuan Yang Terutama Chirdchu Raktabutr iaitu Puan Prichart Raktabutr.

Majlis mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.

pg03_160203_c pg03_160203_d