Baginda Raja Isteri berkenan terima mengadap

Baginda Raja Isteri berkenan terima mengadap

Oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Ogos – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, hari ini, berkenan menerima mengadap secara berasingan duta-duta Negara Brunei Darussalam dan perwakilan negara ke ASEAN yang baru dilantik; dan isteri-isteri perwakilan Brunei dan perwakilan negara sahabat.

Pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman itu, Baginda Raja Isteri mula-mula berkenan menerima mengadap Duta Besar Brunei Darussalam ke Perancis, Datin Paduka Malai Hajah Halimah binti Malai Haji Yusof; Wakil Tetap Negara Brunei Darussalam ke ASEAN, Pengiran Hajah Faezah binti Pengiran Haji Abdul Rahman; Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Bangladesh, Hajah Masurai binti Haji Masri; dan Duta Besar Brunei Darussalam ke Timor-Leste, Dayang Norazlianah binti Haji Ibrahim.

Sejurus selepas itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima mengadap perpisahan isteri Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam, Dr. Tahmina Hye.

Kemudian Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap isteri Duta Besar Brunei Darussalam ke Belgium, Dayang Anisamawati binti Haji Osman.

Baginda Raja Isteri semasa berkenan menerima mengadap Datin Paduka Malai Hajah Halimah; Pengiran Hajah Faezah; Hajah Masurai dan Dayang Norazlianah.
Baginda Raja Isteri semasa berkenan menerima mengadap Datin Paduka Malai Hajah Halimah; Pengiran Hajah Faezah; Hajah Masurai dan Dayang Norazlianah.
Baginda Raja Isteri semasa berkenan menerima mengadap Dr. Tahmina Hye (atas kiri) dan Dayang Anisamawati (atas kanan).
Baginda Raja Isteri semasa berkenan menerima mengadap Dr. Tahmina Hye (atas kiri) dan Dayang Anisamawati (atas kanan).

ARTIKEL YANG SAMA