Baginda Raja Isteri berkenan terima mengadap

Baginda Raja Isteri berkenan terima mengadap

Oleh Azrol Azmi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mei – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha hari ini berkenan menerima mengadap isteri dua duta asing ke Negara Brunei Darussalam secara berasingan di Istana Nurul Iman.

Mula-mula Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap isteri Duta Kerajaan Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Hisham bin Abdul Wahab bin Abdullah Zaraa, Puan Eiman A.B. Kamal.

Seterusnya, Baginda Raja Isteri menerima mengadap isteri Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Brigedier (B) Muhammad Zareef Malik, Puan Nayyara Malik.

Turut hadir di majlis mengadap itu ialah Datin Hajah Noryasimah binti Abdullah.

pg01_150526_a

pg01_150526_b

ARTIKEL YANG SAMA