Baginda Raja Isteri berkenan terima mengadap

Baginda Raja Isteri berkenan terima mengadap

Gambar Bahyiah Bakir

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Okt – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha hari ini berkenan menerima mengadap duta-duta wanita dan isteri-isteri ketua misi diplomatik di Brunei Darussalam.

Majlis mengadap tersebut yang berlangsung di Istana Nurul Iman dihadiri oleh duta-duta dari Jepun, Indonesia dan China serta isteri-isteri diplomat dari Rusia, Bangladesh, Perancis, Arab Saudi, Myanmar, Kuwait, Oman, Laos, India, Filipina, Amerika Syarikat, Jerman dan Korea.

Semasa majlis mengadap tersebut, delegasi duta-duta wanita dan isteri-isteri ketua misi diplomatik di Brunei turut menyembah ucapan selamat hari puja usia kehadapan Majlis Baginda Raja Isteri.

Berangkat sama ke majlis mengadap tersebut ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah.

Baginda Raja Isteri berkenan bergambar ramai bersama duta-duta wanita dan isteri-isteri ketua misi diplomatik di Brunei semasa majlis menerima mengadap di Istana Nurul Iman, kelmarin.
Baginda Raja Isteri berkenan bergambar ramai bersama duta-duta wanita dan isteri-isteri ketua misi diplomatik di Brunei semasa majlis menerima mengadap di Istana Nurul Iman, kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA