Baginda Raja Isteri serikan Majlis Bersanding

Baginda Raja Isteri serikan Majlis Bersanding

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Azaraimy HH dan Infofoto

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Ogos – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, petang tadi, berkenan berangkat menghadiri Majlis Bersanding anakanda Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Rakiah iaitu Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hajah Mujaabah Safaaul Bulqiah binti Pengiran Anak Haji Tahiruddin dengan Yang Mulia Amirul Zahrein bin Haji Ahmad.

Majlis Bersanding petang tadi itu telah berlangsung di Chateau AR, Jalan Beribi di sini.

Berangkat sama, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah.

Turut berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor’ain, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Nasibah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Babu Raja Pengiran Anak Hajah Besar.

Baginda Raja Isteri berkenan menerima junjung ziarah pasangan pengantin, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hajah Mujaabah Safaaul Bulqiah dengan Yang Mulia Amirul Zahrein.
Baginda Raja Isteri berkenan menerima junjung ziarah pasangan pengantin, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hajah Mujaabah Safaaul Bulqiah dengan Yang Mulia Amirul Zahrein.

pg03_150824_b

pg03_150824_d

pg03_150824_c

pg03_150824_e

Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hajah Mujaabah Safaaul Bulqiah dan Yang Mulia Amirul Zahrein.
Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hajah Mujaabah Safaaul Bulqiah dan Yang Mulia Amirul Zahrein.

Di majlis itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri juga berkenan berjunjung ziarah bersama pasangan pengantin.

Bagi memberkati majlis, doa selamat dibacakan oleh Pemangku Ketua Hakim Syar’ie, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Salim bin Haji Besar.

Juga berangkat dan hadir di majlis itu ialah Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, menteri-menteri kabinet, timbalan-timbalan menteri, setiausaha tetap, timbalan setiausaha tetap, para pegawai kanan kerajaan dan ahli-ahli keluarga yang berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA