Baginda Sultan aspirasi pembangunan negara, rakyat

Oleh Sim Y. H.

 

PEMBANGUNAN sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang kukuh dan dinamik merupakan satu keutamaan dalam agenda kebangsaan bagi kebanyakan negara termasuklah Negara Brunei Darussalam.

Pembangunan dan pertumbuhan PKS akan mempunyai potensi yang signifikan untuk menyumbang kepada prospek negara dan menjadi sumber penting dalam pertumbuhan masa depan negara.

Pembangunan itu setentunya akan menyokong usaha Brunei untuk mempelbagaikan ekonomi negara yang selaras dengan aspirasi Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke arah Wawasan Brunei 2035.

Bagi Negara Brunei Darussalam untuk terus maju ke hadapan mengacapi pembangunan yang pesat serta menikmati kemakmuran dan taraf kehidupan yang tinggi itu, ia adalah atas keprihatinan serta kebijaksanaan pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang terus inginkan Brunei tidak hanya berpuas hati dengan pembangunan yang telah dicapai, tetapi untuk terus berusaha supaya negara akan mampu bersaing dengan negara-negara membangun dan maju di dunia.

Kemakmuran yang dinikmati oleh rakyat dan penduduk negara harus dipertahankan dan usaha harus digandakan supaya ekonomi negara yang kini masih lagi bergantung pada industri minyak dan gas harus dipelbagaikan.

Bagi Negara Brunei Darussalam untuk terus maju ke hadapan mengacapi pembangunan yang pesat serta menikmati kemakmuran dan taraf kehidupan yang tinggi itu, ia adalah atas keprihatinan serta kebijaksanaan pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang terus inginkan Brunei sentiasa maju dan terus membangun di dunia.
Bagi Negara Brunei Darussalam untuk terus maju ke hadapan mengacapi pembangunan yang pesat serta menikmati kemakmuran dan taraf kehidupan yang tinggi itu, ia adalah atas keprihatinan serta kebijaksanaan pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang terus inginkan Brunei sentiasa maju dan terus membangun di dunia.

Pembangunan dan pertumbuhan PMKS dan PKS setentunya akan menyokong usaha Brunei untuk mempelbagaikan ekonomi negara yang selaras dengan aspirasi Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke arah Wawasan 2035.
Pembangunan dan pertumbuhan PMKS dan PKS setentunya akan menyokong usaha Brunei untuk mempelbagaikan ekonomi negara yang selaras dengan aspirasi Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke arah Wawasan 2035.
Jabatan Tenaga dan Perindustrian dalam kenyataannya, menyatakan bahawa agenda pembaharuan perniagaan yang dipacu menerusi pendekatan seluruh kerajaan telah menyaksikan Brunei Darussalam meningkat dalam lapan daripada 10 petunjuk, mencatatkan peningkatan signifikan dalam lima petunjuk.
Jabatan Tenaga dan Perindustrian dalam kenyataannya, menyatakan bahawa agenda pembaharuan perniagaan yang dipacu menerusi pendekatan seluruh kerajaan telah menyaksikan Brunei Darussalam meningkat dalam lapan daripada 10 petunjuk, mencatatkan peningkatan signifikan dalam lima petunjuk.

Usaha kepelbagaian ekonomi itu sedang giat diusahakan menerusi pelbagai inisiatif seperti industri Metanol, pelancaran jenama premium Brunei Halal, pembinaan kilang produk farmaseutikal halal pertama di Brunei, pusat latihan serba guna, penjanaan iklim perniagaan yang lebih mesra kepada bukan sahaja usahawan tempatan tetapi juga pelabur-pelabur langsung asing serta paling ketara ialah usaha untuk memajukan PMKS negara terutama dalam menarik lebih banyak belia untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan.

Memang sukar dinafikan bahawa hasrat untuk membakar semangat keusahawanan di kalangan penduduk dan rakyat negara khususnya mereka yang berkecimpung dalam PMKS tempatan di mana ia bukannya satu perkara yang mudah, namun pihak kerajaan dan juga swasta yang tidak takut untuk tampil ke hadapan bagi membantu golongan belia untuk menerokai bidang PMKS atau keusahawanan.

Baginda Sultan amat prihatin mengenai perlunya untuk memperkembangkan lagi sektor swasta dan PMKS tempatan di mana Baginda bertitah semasa Majlis Istiadat Pembukaan Rasmi, Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesebelas bagi Majlis Mesyuarat Negara Brunei Darussalam di Bangunan Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, Mac lalu, bahawa sektor swasta turut terus diberikan keutamaan bagi membina keupayaan dalam kegiatan PMKS.

“Selaras sebagai usaha menyediakan asas yang kukuh bagi perkembangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana ini, Beta telah pun memperkenankan penubuhan SME Bank. Penubuhan bank ini dapatlah diharapkan untuk menyediakan kemudahan pinjaman kewangan yang mudah (accessible financing), bagi mendukung aktiviti-aktiviti perniagaan di negara ini.”

“Bank ini akan beroperasi berdasarkan konsep Syariah (Shariah-compliant).”

Untuk mengetahui mengenai peranan penting yang dimainkan oleh PMKS dalam pembangunan atau ekonomi negara, ia dapat dilihat daripada perangkaan peratus PMKS di mana lebih dari 80 peratus perusahaan atau perniagaan yang terdapat di Brunei adalah dalam kategori PMKS.

Oleh itu, bagi negara untuk mempunyai sebuah ekonomi yang dinamik, ia memerlukan negara untuk mengambil peluang memperkasakan PMKS tempatan supaya bukan sahaja mampu untuk bersaing di pasaran tetapi juga mampu untuk terus menunjukkan pertumbuhan mapan.

Bagi menyokong hasrat itu, Baginda Sultan telah memperkenankan bagi penubuhan Darussalam Enterprise (DARe) pada Februari 2016.

Sejak penubuhan DARe, ia terus berusaha untuk memainkan peranannya dalam membantu untuk menjana ekosistem perniagaan yang kondusif bagi membantu usahawan-usahawan tempatan menyelesaikan masalah yang dihadapi serta membantu perkembangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan untuk mencapai potensi masing-masing dalam menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara.

Sebagai sebuah badan berkanun yang dimandatkan untuk menyokong dan membimbing perusahaan tempatan untuk membangun bagi menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), DARe bukan sahaja berharap PKS tempatan akan berkembang di dalam negara sahaja tetapi juga menyokong usaha bagi mereka untuk mencapai matlamat utama untuk keluar menerokai pasaran serantau dan juga antarabangsa.

Bagi mencapai matlamat itu, DARe terus bekerjasama rapat bersama agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam dan luar negara untuk menjana iklim perniagaan yang kondusif bagi perkembangan PKS dan usahawan tempatan.

Namun begitu, DARe adalah hanya satu bahagian dalam sistem yang lebih besar di mana semua pihak termasuk kementerian-kementerian, PKS dan usahawan-usahawan memainkan peranan untuk membangunkan ekosistem bagi perniagaan yang mesra dan menarik serta dapat menyokong pembangunan ekosistem ekonomi secara menyeluruh.

Matlamat utama DARe adalah untuk membangunkan PKS negara yang bertaraf serantau di mana ia dapat menerokai pasaran di luar dari hanya pasaran tempatan di mana sering kali, rungutan yang diterima ialah pasaran tempatan merupakan pasaran kecil tetapi jika PKS kita berjaya meneroka pasaran luar seperti ASEAN, ia merupakan satu pasaran yang amat besar iaitu mempunyai kira-kira 600 juta orang pengguna.

DARe menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk mempromosikan pertumbuhan perusahaan Brunei di mana ia dilaksanakan dengan menyediakan suasana perniagaan yang dapat memupuk dan membangunkan perusahaan tempatan serta untuk menumpukan kepada perkembangan sektor-sektor khusus yang dikenal pasti sebagai peneraju pertumbuhan ekonomi yang diselaraskan dengan Wawasan Brunei 2035.

Selain daripada itu, DARe juga membantu perusahaan tempatan untuk mendapatkan akses kepada pembiayaan di mana ia memudah cara bagi perusahaan tempatan mendapatkan bantuan serta akses pembiayaan dan pelaburan yang diperlukan oleh mereka untuk membangunkan lagi perusahaan masing-masing.

Di samping itu, ia juga dapat membantu dalam memudah cara akses pasaran bukan sahaja bagi pasaran serantau tetapi juga pasaran antarabangsa bagi PKS tempatan di mana kerjasama yang rapat dilaksanakan dengan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

DARe juga menyediakan perkhidmatan pembangunan kapasiti untuk PKS tempatan dan perkhidmatan khidmat nasihat perniagaan serta menyediakan tapak dan kemudahan perindustrian yang berkualiti tinggi.

Bagi menyediakan sebuah pusat yang komprehensif bagi permohonan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan perniagaan.

DARe juga menyediakan Pusat Sokong Perniagaan yang mempunyai kemudahan-kemudahan yang dapat membantu PKS tempatan termasuk khidmat nasihat perniagaan dan untuk mengetahui dengan lebih lanjut program-program yang ditawarkan oleh DARe.

Pada masa yang sama, perusahaan-perusahaan tempatan juga digalakkan untuk bekerjasama dengan DARe dalam sesi-sesi berkenaan untuk menyelesaikan sebarang isu-isu relevan.

Selain daripada penubuhan badan berkanun, DARe membantu perkembangan usahawan-usahawan di peringkat akar umbi selain kerajaan terus melaksanakan pelbagai perubahan dari segi dasar untuk memudahkan lagi, mengurangkan halangan serta menjana alam sekitar perniagaan yang lebih kondusif dan menarik bagi pelabur-pelabur asing.

Selain daripada itu, Baginda Sultan turut memberikan penekanan kepada pembangunan suasana perniagaan dan pelaburan yang menarik serta kondusif.

Kerajaan Baginda telah membuat pembaikan kepada persekitaran perniagaan di negara ini menerusi pendekatan seluruh kerajaan dan pembaikan itu dapat disaksikan serta menampakkan hasil yang membanggakan apabila Negara Brunei Darussalam dalam laporan Doing Business 2017 Bank Dunia mencatatkan peningkatan signifikan pada ranking negara.

Jabatan Tenaga dan Perindustrian juga menyatakan bahawa ranking Doing Business Brunei Darussalam telah meningkat secara berterusan sejak beberapa tahun kebelakangan dengan momentum agenda pembaharuannya yang komprehensif semakin meningkat setiap tahun. Ini menunjukkan komitmen teguh dan kerjasama meningkat di antara agensi-agensi berkaitan untuk memacu perkembangan menerusi pendekatan seluruh kerajaan.
Jabatan Tenaga dan Perindustrian juga menyatakan bahawa ranking Doing Business Brunei Darussalam telah meningkat secara berterusan sejak beberapa tahun kebelakangan dengan momentum agenda pembaharuannya yang komprehensif semakin meningkat setiap tahun. Ini menunjukkan komitmen teguh dan kerjasama meningkat di antara agensi-agensi berkaitan untuk memacu perkembangan menerusi pendekatan seluruh kerajaan.

Memetik laporan yang memperhatikan Ease of Doing Business (EODB) di 190 buah negara itu, Jabatan Tenaga dan Perindustrian, Jabatan Perdana Menteri menyatakan bahawa sebanyak 137 ekonomi di seluruh dunia telah memperkenalkan beberapa pembaharuan penting yang memudahkannya memulakan dan menjalankan perniagaan bersaiz kecil dan sederhana, dengan 75 peratus keseluruhan pembaharuan dilaksanakan oleh negara-negara sedang membangun.

Usaha untuk memperbaiki peraturan perniagaan itu telah menyaksikan 10 ekonomi dicatatkan membuat peningkatan signifikan, dengan Brunei Darussalam dilaporkan mengungguli senarai berkenaan sebagai paling meningkat di dunia dari segi bagaimana mudahnya menjalankan perniagaan di dalam negara, di hadapan Kazakhstan, Kenya, Belarus, Indonesia, Serbia, Georgia, Pakistan, Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain.

Jabatan Tenaga dan Perindustrian dalam kenyataannya, menyatakan bahawa agenda pembaharuan perniagaan yang dipacu menerusi pendekatan seluruh kerajaan telah menyaksikan Brunei Darussalam meningkat dalam lapan daripada 10 petunjuk, mencatatkan peningkatan signifikan dalam lima petunjuk.

Peningkatan terbesar dicatatkan dalam ‘Getting Electricity’, yang melonjak 55 kedudukan kepada ke-21 di seluruh dunia, disebabkan atas usaha Jabatan Perkhidmatan Elektrik meningkatkan bekalan tenaga yang berdaya tahan menerusi pelaksanaan sistem pengurusan tenaga automatik bagi memantau penggunaan dan pemulihan perkhidmatan.

Manakala itu, penggubalan undang-undang baru yang diperkenalkan bagi memberikan lebih perlindungan kepada pemiutang dan penghutang, dan memudahkan menyelamatkan dan memulihkan syarikat bagi perniagaan yang bergelut, menyaksikan Brunei melonjak 40 anak tangga dalam ‘Resolving Insolvency’ kepada kedudukan ke-57 di dunia.

Menurut kenyataan itu, Perintah Ketidaksolvenan 2016 yang dipelopori oleh Bahagian Undang-undang dan Kebajikan di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Kementerian Kewangan, menekankan kemandirian syarikat menerusi peruntukan semula sumber-sumber bagi syarikat tidak cekap dari segi ekonomi, memudahkan pemulihan operasi biasa yang berkesan kos dan cepat serta meningkatkan pulangan kepada pemiutang.

Langkah-langkah positif telah dilakukan oleh Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) untuk memperbaiki akses kepada kredit dengan pengagihan data pengguna daripada syarikat-syarikat utiliti memberikan ketelusan meningkat bagi institusi-institusi kewangan menaksir risiko dan nilai kredit pelanggan yang berpotensi.

Ini, dengan peruntukan-peruntukan dalam undang-undang ketidaksolvenan yang menawarkan perlindungan tambahan kepada pemiutang ketika pengekalan automatik dalam proses penyusunan semula, menyaksikan Brunei Darussalam melonjak kepada kedudukan 62 daripada 78 pada tahun lepas dari segi mendapatkan kredit.

Brunei juga membuat perkembangan signifikan dalam ‘Enforcing Contract’, melonjak 22 kedudukan ke ranking 93, menandakan ketelusan lebih meluas terhadap proses kehakiman di mahkamah dan peningkatan kecekapan pengurusan kes yang dimudahkan dengan pemfailan kes dalam talian menerusi Sistem Pengurusan Kes Kehakiman (JCMS).

Di samping itu, menurut kenyataan itu lagi, laporan tersebut juga telah mengiktiraf perubahan yang diperkenalkan oleh Kementerian Kewangan yang menjadikannya lebih mudah untuk membuat dakwaan terhadap pengarah-pengarah dalam kes transaksi yang menjejaskan dan membenarkan pembatalan transaksi pihak berkaitan yang menjejaskan syarikat, meningkatkan kedudukan Brunei sebanyak 16 tangga kepada 102 dari segi ‘Protecting Minority Investors’.

Jabatan Tenaga dan Perindustrian berkata, ranking Doing Business Brunei Darussalam telah meningkat secara berterusan sejak beberapa tahun kebelakangan dengan momentum agenda pembaharuannya yang komprehensif semakin meningkat setiap tahun.

Ini menunjukkan komitmen teguh dan kerjasama meningkat di antara agensi-agensi berkaitan untuk memacu perkembangan menerusi pendekatan seluruh kerajaan.

Dua daripada 10 ekonomi terbaik dunia adalah dari rantau Asia Timur (Singapura dan Hong Kong) di samping dua daripada peningkatan terbaik (Brunei dan Indonesia), begitu juga dengan beberapa ekonomi ASEAN yang membangun, menandakan persaingan yang meningkat daripada segi peraturan perniagaan.

Menurut kenyataan itu, di sebalik perkembangan yang menggalakkan dan persembahan positif, Brunei masih ketinggalan dalam kebanyakan amalan-amalan terbaik antarabangsa dan perlu meningkatkan agenda reformasi untuk mencapai sasaran 20 terbaik di tengah-tengah persaingan meningkat di rantau ini.

Reformasi-reformasi baru untuk mengurangkan masa, prosedur dan kos, sudah dikenal pasti; bagaimanapun, untuk bergerak ke peringkat seterusnya, fokus lebih besar sekarang diletakkan ke atas penglibatan komuniti perniagaan. Pengiktirafan kerajaan ke atas kegentingan kerjasama sektor awam-swasta dalam pembangunan berdaya tahan kini akan menyaksikan maklum balas dan penyertaan daripada komuniti perniagaan yang memainkan peranan penting dalam membentuk dasar baru untuk mempromosi persekitaran yang pro perniagaan bagi Brunei Darussalam, selaras dengan Wawasan Brunei 2035.

Bagi negara untuk mencapai Wawasan Brunei 2035 serta terus menikmati kemakmuran yang diperoleh selama 33 tahun kemerdekaan negara, pembangunan, kemajuan dan pengukuhan sektor PKS tempatan serta penjanaan ekosistem ekonomi yang kondusif kepada pelaburan dalam dan luar negara tidak harus diabaikan.

Peneraju ekonomi negara di masa akan datang tidak harus hanya tertumpu pada industri minyak dan gas semata-matanya tetapi juga dalam ekonomi yang pelbagai, maju dan mapan.