Baginda Sultan berangkat hadiri Majlis Santap Malam

Baginda Sultan berangkat hadiri Majlis Santap Malam

pg03_160907_LOGO Asean Summit

VIENTIANE, Lao, 6 Sept – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam malam ini berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Malam yang dihoskan oleh Perdana Menteri Republik Demokratik Rakyat Lao dan Pengerusi ASEAN, Thongloun Sisoulith dan isteri, Naly Sisoulith bagi meraikan ketibaan ketua-ketua negara dan kerajaan ASEAN serta delegasi yang menghadiri Sidang-sidang Kemuncak ASEAN ke-28 dan ke-29 dan sidang-sidang kemuncak berkaitan di Vientiane, Lao.

Majlis Santap Malam tersebut berlangsung di Hotel Don Chan Palace, Vientiane. Keberangkatan tiba Baginda di Dewan Persidangan dialu-alukan oleh Perdana Menteri, Thongloun Sisoulith dan isteri.

Semasa Majlis Santap Malam tersebut, Perdana Menteri, Thongloun Sisoulith telah menyampaikan ucapan bagi mengalu-alukan kehadiran para Pemimpin ASEAN dan delegasi ke Vientiane. Majlis Santap Malam tersebut kemudiannya diserikan dengan persembahan muzikal.

ARTIKEL YANG SAMA