Baginda Sultan berangkat ke Singapura

Baginda Sultan berangkat ke Singapura

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jun – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha pagi tadi berkenan berangkat ke Republik Singapura bagi menghadiri Acara Pembukaan Rasmi Sukan SEA ke-28 yang akan berlangsung Jumaat ini di Singapore Sports Hub.

Berangkat mengiringi Baginda berdua ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik; Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, serta ahli-ahli kerabat diraja yang lain.

Sebelum berangkat dari Istana Nurul Iman, doa selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berkenan menerima junjung ziarah orang-orang kenamaan sebelum berangkat ke Singapura kelmarin.
Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berkenan menerima junjung ziarah orang-orang kenamaan sebelum berangkat ke Singapura kelmarin.

pg03_150604_a

pg03_150604_b

ATAS KIRI: DYTM Pengiran Muda Mahkota, DYTM Pengiran Perdana Wazir, YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah dan YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Masna menyembahkan selamat berangkat Kehadapan Majlis Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri.
ATAS KIRI: DYTM Pengiran Muda Mahkota, DYTM Pengiran Perdana Wazir, YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah dan YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Masna menyembahkan selamat berangkat Kehadapan Majlis Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri.

pg03_150604_d

Berangkat di Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba bagi menyembahkan selamat berangkat Kehadapan Majlis Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan; Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor’ain dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Nasibah, serta ahli-ahli Kerabat Diraja yang lain.

Berangkat sama dan hadir di Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagi menyembahkan selamat berangkat ialah Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria; Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara; menteri-menteri Kabinet; Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Diraja; Timbalan-Timbalan Menteri; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei; dan juga Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam.

ARTIKEL YANG SAMA