Baginda Sultan berangkat ke Turki

Baginda Sultan berangkat ke Turki

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 April – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan berangkat ke Republik Turki bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuha Kerjasama Islam (OIC) Ke-13 yang akan berlangsung di Pusat Kongres Istanbul, Republik Turki, mulai 14 hingga 15 April.

Sebelum berangkat dari Istana Nurul Iman, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Berangkat di Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba bagi menyembahkan selamat berangkat kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Baginda Sultan memeluk anakanda Baginda YTM Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah sambil diperhatikan oleh kerabat diraja yang lain, sebelum berangkat ke Turki.
Baginda Sultan memeluk anakanda Baginda YTM Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah sambil diperhatikan oleh kerabat diraja yang lain, sebelum berangkat ke Turki.

pg03_160414_d

pg03_160414_e

Berangkat sama dan hadir bagi menyembahkan selamat berangkat ialah Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria; Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara; Menteri-menteri Kabinet; ahli-ahli Majlis Mesyuarat Diraja; Timbalan-timbalan Menteri; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei dan Duta Besar dan Mutlak Republik Turki ke Negara Brunei Darussalam.

Sidang kemuncak kali ini akan menekankan mengenai pentingnya perpaduan dan kebersamaan negara-negara anggota OIC dalam menyelesaikan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh dunia Islam.

Sidang Kemuncak OIC selama dua hari itu yang bertemakan ‘Perpaduan dan Kebersamaan untuk Keadilan dan Keamanan’ akan meneliti dan menetapkan hala tuju polisi semua isu yang berkaitan dengan objektif pencapaian OIC. Sidang kemuncak ini dijangka akan menggariskan pendekatan-pendekatan menerusi dokumen-dokumen akhir agar dapat dilaksanakan oleh negara-negara anggota OIC, untuk kebaikan negara-negara anggota dan Ummah.

Sidang Kemuncak OIC, yang diadakan setiap tiga tahun sekali, didahului dengan mesyuarat persediaan iaitu Mesyuarat Majlis Menteri-menteri Luar yang bermula Selasa dan Rabu, dan Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan pada Ahad dan Isnin.

ARTIKEL YANG SAMA