Baginda Sultan berangkat meninggalkan Filipina

Baginda Sultan berangkat meninggalkan Filipina

MANILA, Republik Filipina, 19 Nov – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat meninggalkan Manila, Republik Filipina hari ini selepas menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Ekonomi APEC (AELM) 2015 pada 18 hingga 19 November 2015.

Sebelum berangkat meninggalkan Hotel Makati Shangri-La, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan.

Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino bagi menyembahkan selamat berangkat kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Filipina, Puan Yang Terutama Datin Paduka Malai Hajah Halimah binti Malai Haji Yussof.

Baginda Sultan berkenan menerima junjung ziarah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Filipina Puan Yang Terutama Datin Paduka Malai Hajah Halimah. – Gambar Infofoto
Baginda Sultan berkenan menerima junjung ziarah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Filipina Puan Yang Terutama Datin Paduka Malai Hajah Halimah. – Gambar Infofoto

Mengiringi keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua) Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua) Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng, Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar.

ARTIKEL YANG SAMA