Baginda Sultan berkenan adakan lawatan kerja

Baginda Sultan berkenan adakan lawatan kerja

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jan – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, berkenan mengadakan lawatan kerja ke Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dan Jabatan-jabatan di bawahnya.

Keberangkatan Baginda Sultan dijunjung oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-At-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim; Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng; Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri,Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar dan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Dato Paduka Haji Mohd Nor bin Haji Jeludin.

Baginda Sultan dalam lawatan berkenaan berpeluang untuk melihat lebih dekat kemudahan, bahagian-bahagian, peranan serta beramah-mesra dengan pegawai-pegawai dan kakitangan kementerian serta jabatan-jabatan di bawahnya.

Kementerian berkenaan mempunyai 12 buah jabatan di bawahnya iaitu Jabatan Pentadbiran, Jabatan ASEAN, Jabatan Kerjasama Ekonomi, Jabatan Maklumat dan Teknologi Komunikasi, Jabatan Pertubuhan Antarabangsa, Jabatan Perdagangan Antarabangsa, Jabatan Perancangan Dasar, Jabatan Politik I, Jabatan Politik II, Jabatan Protokol dan Hal Ehwal Konsulat, Jabatan Keselamatan serta Jabatan Kemajuan Perdagangan.

Baginda Sultan semasa berkenan membuat lawatan kerja ke Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.
Baginda Sultan semasa berkenan membuat lawatan kerja ke Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

p04-2_20160122

Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan meninjau keadaan dalaman bangunan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan meninjau keadaan dalaman bangunan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan membuat lawatan kerja ke Pejabat Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan membuat lawatan kerja ke Pejabat Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan dijunjung bergambar ramai di Pejabat Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan dijunjung bergambar ramai di Pejabat Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna. - Gambar oleh Muiz Matdani
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna. – Gambar oleh Muiz Matdani

Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri ditubuhkan secara rasmi pada 1 Januari 1984, sejurus selepas Negara Brunei Darussalam mencapai kemerdekaan.

Bagaimanapun proses bagi penubuhannya bermula pada awal 1979 dengan penubuhan Jabatan Perkhidmatan Diplomatik, yang berperanan utama bagi menangani hal ehwal luar negara.

Negara kemudiannya mempunyai tiga misi di luar negara iaitu Suruhanjaya Brunei Darussalam di Kuala Lumpur, London dan Singapura. Semua misi berkenaan dinaik taraf menjadi Suruhanjaya Tinggi pada 1984.

Pada 1 Ogos 2005, Jabatan Perhubungan Antarabangsa dan Perdagangan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama, digabungkan ke Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.

Dengan pergabungan itu, kementerian berkenaan dikenali sebagai Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

ARTIKEL YANG SAMA