Baginda Sultan berkenan alu-alukan Amir Kuwait

Baginda Sultan berkenan alu-alukan Amir Kuwait

Oleh Sim Y. H.

Gambar oleh Infofoto

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Okt – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengalu-alukan keberangkatan tiba Amir Kuwait, His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah bagi lawatan negara selama dua hari ke Brunei.

Pesawat khas yang membawa His Highness dan rombongan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada petang tadi. Sebaik sahaja turun dari kapal terbang, His Highness dialu-alukan oleh Baginda Sultan.

Berangkat sama di lapangan terbang bagi mengalu-alukan keberangkatan tiba His Highness dan rombongan ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, selaku Kerabat Pengiring Diraja.

Baginda Sultan semasa berkenan mengalu-alukan keberangkatan tiba Amir Kuwait.
Baginda Sultan semasa berkenan mengalu-alukan keberangkatan tiba Amir Kuwait.
Baginda Sultan dan YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan berangkat mengalu-alukan keberangkatan tiba Amir Kuwait, bagi Lawatan Negara ke Brunei Darussalam.
Baginda Sultan dan YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan berangkat mengalu-alukan keberangkatan tiba Amir Kuwait, bagi Lawatan Negara ke Brunei Darussalam.
Murid-murid sekolah mengibarkan bendera mengalu-alukan keberangkatan Amir Kuwait ke Brunei Darussalam.
Murid-murid sekolah mengibarkan bendera mengalu-alukan keberangkatan Amir Kuwait ke Brunei Darussalam.

Turut hadir ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman, selaku Menteri Pengiring dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan His Highness Amir Kuwait berkenan melintasi Kawalan Statik terdiri daripada anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan seterusnya berangkat ke Istana Nurul Iman untuk Majlis Sambutan Rasmi Ketibaan dan Barisan Kawalan Kehormatan bagi His Highness.