Baginda Sultan berkenan berangkat meninggalkan Laos

Baginda Sultan berkenan berangkat meninggalkan Laos

VIENTIANE, 8 Sept – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan berangkat meninggalkan Vientiane, Republik Demokratik Rakyat Laos setelah menghadiri Sidang-sidang Kemuncak ASEAN ke-28 dan ke-29 dan Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan yang berlangsung di Pusat Persidangan Kebangsaan, Vientiane.

Sebelum berangkat meninggalkan hotel persemayaman, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay, Vientiane bagi menyembahkan selamat berangkat kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Menteri Sumber-sumber Asli dan Alam Sekitar, Republik Demokratik Rakyat Laos, Sommart Pholsena dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Demokratik Rakyat Laos, Haji Na’aim bin Haji Mohd Salleh.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima junjung ziarah daripada menteri-menteri Laos dan pegawai kedutaan Negara Brunei Darussalam ke Laos sebelum berlepas meninggalkan negara itu.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima junjung ziarah daripada menteri-menteri Laos dan pegawai kedutaan Negara Brunei Darussalam ke Laos sebelum berlepas meninggalkan negara itu.

ARTIKEL YANG SAMA