Baginda Sultan berkenan menerima mengadap

Baginda Sultan berkenan menerima mengadap

Oleh Pg Fairol RMF

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Julai – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, berkenan menerima mengadap Ketua Setiausaha Pentadbiran Rantau Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), Republik Rakyat China, Puan Carrie Lam.

Antara lain tujuan lawatan adalah untuk mengukuhkan hubungan perdagangan dan pelaburan di antara Negara Brunei Darussalam dan Hong Kong, dan juga bagi merakamkan penghargaan Hong Kong di atas sokongan Negara Brunei Darussalam dalam rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Hong Kong.

pg01_150728_a

Mengiringi Carrie Lam ialah Pengarah Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong (HKETO) di Singapura, Fong Ngai dan pegawai-pegawai kanan dari Pejabat Ketua Setiausaha Pentadbiran SAR Hong Kong dan Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong di Singapura.

Turut hadir di majlis mengadap itu yang berlangsung di Istana Nurul Iman ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (kedua), Yang berhormat Pehin Orang kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng.

ARTIKEL YANG SAMA