Baginda Sultan berkenan menerima mengadap

Baginda Sultan berkenan menerima mengadap

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 0kt – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, berkenan menerima mengadap secara berasingan, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Vivian Balakrishnan dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Parlimen bagi Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Bangladesh, Puan Yang Terutama Dr. Dipu Moni, di Istana Nurul Iman.

TYT Dr. Vivian Balakrishnan berada di negara ini bagi rangka lawatan pengenalan setelah dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Singapura awal Oktober lalu.

Mengiringi Tuan Yang Terutama pada majlis itu ialah pegawai-pegawai kanan dari Republik Singapura.

Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng dan Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Jaya Ratnam.

Sementara itu, Puan Yang Terutama Dr. Dipu Moni berada di Negara Brunei Darussalam bagi rangka lawatan kerja.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima mengadap TYT Dr. Vivian Balakrishnan (gambar atas) dan Puan Yang Terutama Dr. Dipu Moni (gambar bawah). - Infofoto
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima mengadap TYT Dr. Vivian Balakrishnan (gambar atas) dan Puan Yang Terutama Dr. Dipu Moni (gambar bawah). – Infofoto

pg03_151027_c

Mengiringi Puan Yang Terutama ialah ahli-ahli Jawatankuasa Tetap Parlimen bagi Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Bangladesh, Tuan Yang Terutama Golam Faruk Khandakar, Tuan Yang Terutama Mohammed Suhrab Uddin dan Puan Yang Terutama Mahjabeen Khaled Hossain serta pegawai-pegawai kanan dari Sekretariat Parlimen, Dhaka dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Bangladesh.

Turut hadir ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng dan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mohammed Abdul Hye.

Sementara itu, di ruang lain Istana Nurul Iman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha juga berkenan menerima mengadap isteri Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Singapura, Puan Joy Balakrishnan.

Pada majlis mengadap tersebut Puan Joy disertai oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Datin Paduka Tan Bee Yong.

Puan Joy Balakrishnan berada di negara ini bagi mengiringi suaminya yang dalam rangka lawatan pengenalan ke Negara Brunei Darussaalam.

ARTIKEL YANG SAMA