Baginda Sulta...

Baginda Sultan berkenan rasmi masjid baru Kulapis

Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menandatangani plak perasmian Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampung Kulapis. – Gambar Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Mei – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampung Kulapis bagi menunaikan Sembahyang Fardu Jumaat yang pertama di masjid berkenaan.

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel.